Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Sejajar dengan Transformasi Perkhidmatan Awam dalam memastikan Perkhidmatan Awam mempunyai modal insan yang kompeten untuk merealisasikan wawasan negara, maka rasionalisasi skim perkhidmatan dilaksanakan oleh Kerajaan.

Rasionalisasi ini adalah untuk memperkemaskan pengurusan skim perkhidmatan bagi menarik dan mengekal modal insan terbaik, mewujudkan fleksibiliti dalam urusan perkhidmatan, menambah baik mobiliti dan kemajuan kerjaya dan mengemas kini syarat lantikan supaya relevan dengan keperluan semasa. Urusan rasionalisasi ini juga bertujuan untuk memperluaskan peluang pemegang kelayakan kemahiran untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam dengan memasukkan kelayakan pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam skim perkhidmatan tertentu. Hasil kajian menyeluruh terhadap kesemua 252 skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa, terdapat skim-skim perkhidmatan yang ditambah baik, dijumud dan dimansuhkan. Terdapat juga skim perkhidmatan yang dikekalkan kerana masih relevan dan menepati keperluan perkhidmatan. Ini menjadikan jumlah skim perkhidmatan pada tarikh kuat kuasa Pekeliling Perkhidmatan ini adalah sebanyak 240 skim perkhidmatan.

Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.