Kandungan sedang dimuatkan...

𝗞𝗘𝗧𝗨𝗔 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗔𝗪𝗔𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜, 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗗𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗕𝗜𝗡𝗖𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗛𝗔𝗧𝗜𝗔𝗡 𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗘𝗡𝗔𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗨𝗗𝗜𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗧𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣 𝗣𝗘𝗥𝗢𝗟𝗘𝗛𝗔𝗡

8 Mei- YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi bin Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, telah mengadakan perbincangan pemerhatian audit mengenai pengauditan pematuhan terhadap perolehan di Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Bagi Tahun 2021 dan 2022 di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 14, Menara Kinabalu pada Rabu (17 Mei).

Perbincangan dihadiri oleh Tuan Halimuddin bin Chongge, Timbalan Pengarah Audit Negara Negeri Sabah, Puan Azizah binti Daud, Ketua Penolong Pengarah Audit, bersama pasukan audit daripada Jabatan Audit Negara Negeri Sabah yang diketuai oleh Encik Afizan bin Asimin dengan enam pegawai yang lain.


Sekian, terima kasih.

Laporan dan foto disediakan oleh Mohd Adam Eussoffefuddin/Pejabat Direktorat JPANS
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain