Kandungan sedang dimuatkan...

𝗜𝗦𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗨𝗞𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗟 𝗞𝗘𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧 𝗗𝗘𝗪𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 (𝗗𝗨𝗡) 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 𝗞𝗘-𝟭𝟲

Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglina Dr Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah telah menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 pagi hari ini.

Ketibaan TYT Tun disambut oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah dan YB Datuk Seri Panglima Haji Kadzim M Yahya, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.

Sejurus itu, TYT Tun menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama yang terdiri daripada tiga Pegawai Kanan dan 102 Anggota Pangkat Rendah dari Batalion 16, Pasukan Gerakan Am (PGA) Kinarut.

Istiadat kali ini dimulakan sejam lebih awal selepas mengambil kira faktor cuaca panas dan bagi mengelak serangan strok haba dalam kalangan petugas dan tetamu jemputan.

Sidang DUN ke-16 dijadualkan berlangsung selama empat hari bermula hari ini sehingga Khamis dimana beberapa Rang Undang-Undang (RUU) akan dibentang.

Turut hadir, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah, Pembantu-Pembantu Menteri, Timbalan-Timbalan Speaker DUN Sabah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Menteri-Menteri dan Timbalan Ketua Menteri.

Hadir sama, YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi bin Datu Sulai, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri dan YBrs. Tuan Haji Nordin Lossin, Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) serta semua Setiausaha-Setiausaha Kementerian Kerajaan Negeri.


Sekian, terima kasih.

Laporan dan foto disediakan oleh Mohd Adam Eussoffefuddin/Pejabat Direktorat JPANS
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain