Sila maklum bahawa Permohonan Persaraan Awal dengan alasan mempunyai masalah kesihatan dan Persaraan Atas Sebab Kesihatan adalah dua perkara berbeza.
Permohonan persaraan awal dengan alasan mempunyai masalah kesihatan adalah tertakluk di bawah seksyen 12 Persaraan Pilihan Akta Pencen 1980. Prosedur permohonan persaraan awal (pilihan) atas sebab kesihatan atau atas sebab-sebab selain kesihatan di bawah seksyen 12 ini adalah mesti memenuhi:
- Pengesahan Bebas Tindakan Tatatertib oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN);
- Telah membuat pengisytiharan harta dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh persaraan awal yang dipilih;
- Bebas rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi Gred 29 dan ke atas;
- Disokong oleh Ketua Jabatan.
Manakala Persaraan Atas Sebab Kesihatan adalah tertakluk di bawah Seksyen 10 (5)(a) Persaraan paksa, Akta Pencen 1980. Prosedur bagi Persaraan atas sebab kesihatan di bawah Seksyen 10(5)(a) Akta Pencen 1980 adalah tertakluk kepada syarat-syarat di bawah untuk penubuhan Lembaga Perubatan:
- Peraturan 161 atau 162 atau 163 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008.
Bagi Permohonan Persaraan Atas Sebab Kesihatan, permohonan penubuhan Lembaga Perubatan hendaklah dikemukakan oleh Ketua Jabatan pegawai bertugas dengan menyertakan dokumen-dokumen ke Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri seperti berikut:
- Laporan kesihatan pegawai yang lalu dan terkini oleh Jabatan Kesihatan Negeri;
- Laporan oleh Ketua Jabatan berkenaan pegawai contohnya prestasi kerja, kehadiran dan sebagainya yang menjejaskan tugas harian penama;
- Salinan sijil sakit;
- Salinan Kad temujanji doktor;
- Senarai tugas;
- Surat sokongan Ketua Jabatan;