Kandungan sedang dimuatkan...

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Peneraju Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam yang Kompeten, Inovatif dan Berintegriti

Bagaimana cara untuk memohon Persaraan Awal dengan alasan mempunyai masalah kesihatan?

Sila maklum bahawa Permohonan Persaraan Awal dengan alasan mempunyai masalah kesihatan dan Persaraan Atas Sebab Kesihatan adalah dua perkara berbeza.

Permohonan persaraan awal dengan alasan mempunyai masalah kesihatan
adalah tertakluk di bawah seksyen 12 Persaraan Pilihan Akta Pencen 1980. Prosedur permohonan persaraan awal (pilihan) atas sebab kesihatan atau atas sebab-sebab selain kesihatan di bawah seksyen 12 ini adalah mesti memenuhi:
  1. Pengesahan Bebas Tindakan Tatatertib oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN);
  2. Telah membuat pengisytiharan harta dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh persaraan awal yang dipilih;
  3. Bebas rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi Gred 29 dan ke atas;
  4. Disokong oleh Ketua Jabatan.
Manakala Persaraan Atas Sebab Kesihatan adalah tertakluk di bawah Seksyen 10 (5)(a) Persaraan paksa, Akta Pencen 1980. Prosedur bagi Persaraan atas sebab kesihatan di bawah Seksyen 10(5)(a) Akta Pencen 1980 adalah tertakluk kepada syarat-syarat di bawah untuk penubuhan Lembaga Perubatan:
  • Peraturan 161 atau 162 atau 163 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008.
Bagi Permohonan Persaraan Atas Sebab Kesihatan, permohonan penubuhan Lembaga Perubatan hendaklah dikemukakan oleh Ketua Jabatan pegawai bertugas dengan menyertakan dokumen-dokumen ke Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri seperti berikut:
  1. Laporan kesihatan pegawai yang lalu dan terkini oleh Jabatan Kesihatan Negeri;
  2. Laporan oleh Ketua Jabatan berkenaan pegawai contohnya prestasi kerja, kehadiran dan sebagainya yang menjejaskan tugas harian penama;
  3. Salinan sijil sakit;
  4. Salinan Kad temujanji doktor;
  5. Senarai tugas;
  6. Surat sokongan Ketua Jabatan;
by Afendy Suraip
Was this helpful?
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain