Soalan Lazim

Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan

Mengikut Perintah Am Negeri Sabah 45(8), Bahagian B, Elaun Memangku biasanya tidak akan diambilkira untuk menentukan kelayakan. Walaubagaimanapun, mereka boleh memohon kelulusan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengambilkira Elaun Memangkunya bagi menentukan kelayakan maksimum pegawai itu.
pada Isnin Julai 31 oleh Afendy Suraip
Adakah ini membantu?
Bagi pegawai atau seseorang kakitangan yang dilantik ke dalam mana-mana Perkhidmatan Awam Negeri,  kelayakan pegawai adalah berdasarkan kepada formula berikut:

 K = (GP + EW + ITKA) x 72
 Penjelasan:
  • K      : Kelayakan
  • GP   : Gaji Pokok
  • EW   : Elaun Wilayah
  • ITKA : Imbuhan Tetap Khidmat Awam

Kenaikan gaji tahunan (jika ada) yang terkumpul (accrued) kepada pegawai itu dalam tempoh 72 bulan boleh diambilkira untuk menentukan amaun maksimum pinjaman  yang pegawai itu layak ke atasnya.
pada Isnin Julai 31 oleh Afendy Suraip
Adakah ini membantu?
Pegawai yang dilantik ke jawatan tetap adalah layak memohon pinjaman. Mereka boleh mengemukakan permohonan dari tarikh mereka menerima surat pelantikan ke jawatan tetap dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri atau pihak berkuasa melantik yang berkenaan.
pada Isnin Julai 31 oleh Afendy Suraip
Adakah ini membantu?
Pegawai sementara/kontrak boleh mengemukakan permohonan pinjaman perumahan jika ia telah berkhidmat bagi suatu tempoh minimum selama satu (1) tahun dan perkhidmatannya itu tidak terputus dan tertakluk kepada para 13.6 dalam Surat Pekeliling Kementerian Kewangan Bil.8/2013.
pada Isnin Julai 31 oleh Afendy Suraip
Adakah ini membantu?
Bagi pegawai yang dipinjam (pegawai pinjaman), kelayakan pinjaman mereka adalah berdasarkan gaji jawatan hakiki dan bukan gaji jawatan yang mereka pegang. Adalah menjadi tanggungjawab Agensi-agensi Kerajaan di mana pegawai itu bertugas untuk membayar bayaran pengurusan dalam tempoh pegawai itu dipinjamkan.
pada Isnin Julai 31 oleh Afendy Suraip
Adakah ini membantu?
Agensi-agensi Kerajaan di mana pegawai itu bertugas bertanggungjawab untuk membayar bayaran pengurusan dalam tempoh pegawai itu dipinjamkan.
pada Isnin Julai 31 oleh Afendy Suraip
Adakah ini membantu?
Dalam hal pasangan suami isteri, suami dan isteri adalah masing-masing berkelayakan mendapatkan pinjaman berdasarkan kepada kelayakan mereka masing-masing, iaitu suami boleh memohon pinjaman, sementara isteri sebagai seorang pegawai Kerajaan Negeri juga adalah layak mendapatkan pinjaman.
pada Isnin Julai 31 oleh Afendy Suraip
Adakah ini membantu?
Pasangan suami isteri boleh memohon permohonan Pinjaman Bersama dengan syarat kedua-duanya berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri
pada Isnin Julai 31 oleh Afendy Suraip
Adakah ini membantu?
Suami atau isteri kepada pegawai yang telah meninggal dunia yang semasa hayatnya layak mendapat pinjaman perumahan di bawah Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan Negeri Sabah, boleh memohon untuk diberikan pinjaman perumahan. Amaun pinjaman sedemikian hendaklah berdasarkan kepada gaji terakhir yang diterima oleh pegawai yang telah meninggal dunia itu dan formula di bawah hendaklah digunakan:

K=(GP + EW + ITKA) x 72
Penjelasan:
  • K       : Kelayakan Balu/Duda
  • GP    : Gaji Pokok terakhir pegawai yang meninggal dunia
  • EW   : Elaun Wilayah yang diterima oleh pegawai yang meninggal dunia
  • ITKA : Imbuhan Tetap Khidmat Awam yang diterima oleh pegawai yang meninggal dunia
pada Isnin Julai 31 oleh Afendy Suraip
Adakah ini membantu?
Amaun kelayakan maksimum  Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan sama ada pinjaman secara persendirian atau pinjaman bersama adalah sebanyak RM500,000.00 sahaja.

Meskipun pengiraan kelayakan adalah melebihi daripada jumlah RM500,000.00, pegawai tertakluk kepada amaun maksimum RM500,000.00 sahaja.
pada Isnin Julai 31 oleh Afendy Suraip
Adakah ini membantu?
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.