Kandungan sedang dimuatkan...

Perutusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Tahun 2021

datukrosmadiAssalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sabah Maju Jaya

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2021 kepada semua warga Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri dan semua penjawat awam di seluruh Negeri Sabah. Tahniah kepada semua kerana telah menjalankan amanah dan tanggungjawab sepanjang tahun 2020.

Menghadapi suasana pandemik COVID-19 yang mencabar, kita sedar bahawa kehidupan harian kita tidak lagi seperti biasa. Kita terpaksa mengubah cara bekerja dan mengamal norma baharu demi kesihatan dan keselamatan diri dan keluarga. Peranan kita sebagai penjawat awam menjadi lebih penting kerana setiap keputusan dan tindakan yang diambil oleh kita menjadi panduan dan harapan yang amat bermakna bagi setiap lapisan masyarakat. Selain itu, kita juga menjadi contoh kepada rakyat bagi menggalakkan dan memastikan semua pihak mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam usaha memerangi pandemik COVID-19.

Tahun 2021 akan lebih mencabar. Kerajaan Negeri Sabah telah merangka pelan pembangunan Sabah Maju Jaya untuk terus membangunkan negeri kita ke arah yang lebih maju dan makmur. Untuk menjayakan agenda ini, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri memainkan peranan yang penting dalam menetapkan hala tuju, menyediakan sumber manusia dan sekaligus memantapkan sistem-sistem penyampaian supaya lebih cekap dan berkesan. Amanah dan tangggungjawab ini memerlukan komitmen semua pihak dan saya yakin kita boleh terus memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Agenda pendigitalan akan mencorakkan masa hadapan perkhidmatan awam. Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri telah menetapkan pelan strategik Kerajaan yang menfokus kepada pemodenan perkhidmatan, pembudayaan dalaman organisasi dan penggalakkan keinginan penjawat awam sendiri untuk meningkatkan kemahiran digital.

Akhir kata, saya doakan semoga rakan-rakan penjawat awam sentiasa mendapat perlindungan dan kesihatan yang berkekalan atas kehendak-Nya jua sepanjang tahun 2021.

Selamat Tahun Baharu 2021

Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sekian, terima kasih.


Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah


Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Bersara
Bersara
Hari Jadi
Waktu Solat

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat

Kota Kinabalu,Ranau,Kota Belud,Tuaran,Penampang,Papar,Putatan,Bahagian Pantai Barat

25 Rabiul Akhir 1443
04:48
Imsak
04:58
Subuh
06:11
Syuruk
12:08
Zohor
15:30
Asar
18:02
Maghrib
19:16
Isyak

Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain