Kandungan sedang dimuatkan...

Perutusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Tahun 2022

datukrosmadiAssalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Keluarga Malaysia dan Salam Sabah Maju Jaya

Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T, dengan izin dan limpah kurnia-Nya, kita selamat melangkah ke tahun 2022.

Tahun 2021 berakhir dengan seribu satu cabaran dan kenangan kepada semua penjawat awam negeri Sabah dalam kita mengharungi perubahan budaya kerja dan norma baharu.

Selama dua tahun, kita telah didedahkan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac 2020, dasar Bekerja Dari Rumah (Work From Home) serta amalan Prosedur Operasi Standard (SOP). Usaha ini bagi mengekang sekaligus memerangi penularan pandemik COVID-19 demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah.

Agenda pendigitalan terus menjadi keutamaan menerusi pelancaran Sabah Elite Percipio, Pelaksanaan Bio-Metric Facial Recognition, sistem i-Portfolio dan lain-lain inisiatif dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

Usaha membangunkan modal insan sepertimana termaktub dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya dengan memperkenalkan inisiatif berimpak tinggi seperti Kursus Urus Tadbir dan Integriti Tahun 2021, program Outreach Perkhidmatan Awam, program Hi-Talent, serta program Skim Sangkutan dan Latihan (SSL) akan diteruskan dalam tahun 2022.

Kita juga memperkenalkan Strategi Teras Perkhidmatan Awam Negeri : 7T Hala Tuju JPAN 2022 iaitu Tangkas, Tepat, Telus, Tertib, Tegas, Tanggungjawab, dan Terima Kasih. Strategi teras ini merupakan pendekatan baharu bagi melestarikan perkhidmatan awam dan mensejahterakan rakyat selaras dengan konsep Bekerja Tanpa Pejabat.

Bagi mengadaptasi norma baharu dalam perkhidmatan dan untuk mengimbangi agenda pendigitalan negeri, saya mengajak semua anggota perkhidmatan awam negeri Sabah untuk Bertindak 24/7. Ini merupakan anjakan daripada pendekatan yang diperkenalkan dalam tahun 2021 iaitu Berfikir 24/7 selaku penjawat awam yang proaktif dan bertanggungjawab.

Selamat Tahun Baharu 2022, Bersama Kita Cemerlang, Sabah Maju Jaya

Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sekian, terima kasih.


Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah


Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat

Kota Kinabalu,Ranau,Kota Belud,Tuaran,Penampang,Papar,Putatan,Bahagian Pantai Barat

6 Rabiul Awal 1444
04:47
Imsak
04:57
Subuh
06:05
Syuruk
12:09
Zohor
15:21
Asar
18:10
Maghrib
19:19
Isyak

Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain