Kandungan sedang dimuatkan...

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Peneraju Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam yang Kompeten, Inovatif dan Berintegriti
Pertandingan Logo SMJ Header
Cogan kata Sabah Maju Jaya merupakan cogan kata yang diterapkan dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (Pelan Pembangunan 2021-2025). Singkatan SMJ telah dijadikan elemen utama Hala Tuju ini oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah bagi membangkitkan semangat dan patriotisme rakyat Sabah ke arah mewujudkan sebuah negeri yang makmur dan sejahtera.

SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN
a) Penyertaan adalah terbuka kepada warganegara yang berasal dari Sabah.
b) Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu logo akan dipilih sebagai pemenang.
c) Semua ciptaan mestilah asli dan tidak ditiru atau diplagiat dari mana-mana logo tempatan ataupun luar negara.
d) Semua logo yang diterima Urus Setia Pertandingan akan menjadi hak milik Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri Sabah menjadi pemegang hak cipta logo tersebut.
e) Pemenang akan menerima hadiah wang tunai beserta sijil penyertaan.

SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO
a) Reka bentuk mestilah baharu dan asli serta tiada unsur-unsur atau elemen sensitif dan menyinggung mana-mana pihak.
b) Rekaan logo boleh dibuat menggunakan mana-mana perisian rekaan grafik seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan pelbagai lagi perisian yang bersesuaian.
c) Penghantaran logo hendaklah dengan saiz sekurang-kurangnya 1000 pixel x 1000 pixel dengan skala 1:1 dalam format PNG dan berlatar lutsinar (transparent).
d) Fail asal (raw file) hendaklah dikemukakan bersama penyertaan.
e) Reka bentuk hendaklah menggunakan warna yang terdapat dalam bendera Negeri Sabah.
f) Peserta hendaklah memberi keterangan atau penjelasan terhadap reka bentuk termasuk simbol dan warna yang digunakan.

TEMPOH PENYERTAAN
a) Tempoh penyertaan bermula dari 22 Januari 2021 (Jumaat) dan ditutup pada 29 Januari 2021 (Jumaat) iaitu pada atau sebelum pukul 12.00 tengah hari.
b) Sebarang penyertaan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.
c) Segala perbelanjaan untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan sendiri.
Maklumat Peserta
Penghantaran Karya
Pengakuan Peserta
Adalah saya dengan ini, memperakui bahawa idea, konsep dan penerangan berkaitan logo adalah hasil usaha saya sendiri yang asli dan tidak pernah diterbitkan, disiarkan, digunakan atau diambil daripada mana-mana pihak atau hasil kerja orang lain. Saya juga faham bahawa penyertaan saya akan dibatalkan serta merta jika saya melanggar peraturan ini.

Saya bersetuju jika rekaan ini terpilih, ia akan menjadi hak milik Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah sepenuhnya.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Bersara
Bersara
Hari Jadi
Waktu Solat

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat

Kota Kinabalu,Ranau,Kota Belud,Tuaran,Penampang,Papar,Putatan,Bahagian Pantai Barat

27 Syaban 1442
04:53
Imsak
05:03
Subuh
06:12
Syuruk
12:20
Zohor
15:26
Asar
18:26
Maghrib
19:36
Isyak

Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain