Kandungan sedang dimuatkan...

Notis Pelawaan Sebut Harga Membekal Jam Tangan untuk Kakitangan Kerajaan Negeri Sabah Yang Bersara

Notis Pelawaan Sebut Harga Membekal Jam Tangan untuk Kakitangan Kerajaan Negeri Sabah Yang Bersara


1. Sebut harga ini adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan PUKONSA dan yang masih sah tempohnya untuk melaksanakan kerja-kerja perkhidmatan seperti dalam jadual berikut:

Nombor Sebut Harga dan No. Bilangan Sebut Harga  JPAN2000:300-3
No Bil. Sebutharga: 1/2018
Kod Bidang PUKONSA 050200
( Jam Tangan Sahaja)
Tajuk Membekal Jam Tangan untuk Kakitangan Kerajaan Negeri Sabah yang bersara
Bilangan Jam Tangan  779 buah
Kod Bekalan Dan Tajuk 010500 – Majlis Penghargaan Kepada
Anggota Perkhidmatan Yang Bersara
Tarikh Tutup 1 Februari 2018 (Khamis)
Masa Tutup 10.00 pagi
Harga Dokumen Percuma melalui Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

2. Dokumen Sebut harga ini boleh didapati pada alamat di bawah mulai 22 Januari 2018 (Isnin) mulai jam 10.00 pagi.

Bahagian Pentadbiran dan Kewangan,
Tingkat 2, Wisma Perindustrian, Jalan Istiadat, Teluk Likas,
88400 KOTA KINABALU, SABAH

SPESIFIKASI BEKALAN/PERKHIDMATAN

3. Tawaran sebut harga hendaklah dibuat berdasarkan kepada spesifikasi bekalan/perkhidmatan di Lampiran A1 yang disertakan.

DOKUMEN SEBUT HARGA

4. Sebutharga hendaklah dibuat di atas borang-borang yang telah disediakan dan selepas ini dipanggil dokumen Sebutharga. Dokumen Sebut harga yang lengkap adalah mengandungi perkara-perkara berikut:

4.1.1 Notis Tawaran Sebut harga
4.1.2 Arahan Perbendaharaan 170 (LAMPIRAN Q) LAMPIRAN A
4.1.3 Borang Sebut harga Kerja ( LAMPIRAN A3)
4.1.4 Ringkasan Sebut harga (Pukal) (LAMPIRAN A4)
4.1.5 Ringkasan Sebut harga (Kuantiti) (LAMPIRAN A5)

PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA

Dokumen Sebut harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri/bermetri ditulis dengan Nombor dan Tajuk Sebut harga di sudut kiri sampul tersebut dan alamatkan kepada:

Pengarah
Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
Tingkat 1 – 5, Wisma Perindustrian, Jalan Istiadat, Teluk Likas,
88400 KOTA KINABALU, SABAH

Semua Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, yang terletak di Tingkat 2, Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah TIDAK LEWAT DARI 1 FEBRUARI 2018 ( KHAMIS) JAM 10.00 PAGI.

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah tidak terikat untuk menerima sebut harga terendah atau mana-mana Sebutharga atau untuk memberi apa-apa sebab penolakan sesuatu Sebutharga. Keputusan Jawatankuasa Sebut harga adalah muktamad.

Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain