Kandungan sedang dimuatkan...

Kenyataan Media (Khas) YAB. Ketua Menteri Sabah Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan

Kenyataan Media (Khas)
YAB. Ketua Menteri Sabah Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan
 

Selaras dengan penyataan Perutusan Khas YAB. Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 berhubung dengan Perintah Kawalan Pergerakan bermula pada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967 (Akta 344), larangan-larangan berikut hendaklah dipatuhi:

1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negeri termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020. 
 2. Sekatan Menyeluruh semua perjalanan rakyat Sabah ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari;
3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke negeri Sabah;
4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di semua negeri; dan
6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga dan telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelinci, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.
7. Adalah ditetapkan bahawa beberapa perkhidmatan awam Kerajaan Negeri dan perkhidmatan pihak swasta yang disenaraikan sebagai Essential Services yang diperuntukkan di bawah Jadual Pertama, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177) adalah dibenarkan beroperasi. Walau bagaimanapun, bagi melancarkan pentadbiran negeri, perkhidmatan awam berikut akan diteruskan tertakluk kepada arahan dari semasa ke semasa:
 

7.1   Perkhidmatan Awam Kerajaan Negeri

i. Jabatan Ketua Menteri

  1. Jabatan Perhutanan Sabah (Bahagian Penguatkuasaan)
  2. Jabatan Tanah dan Ukur (Bahagian Penguatkuasaan)
  3. Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (Bahagian Pengawal Keselamatan, Pusat Operasi Bencana dan Minyak & Gas)
  4. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (Bahagian Penguatkuasaan, Pelesenan, Kejuruteraan, Sisa Pepejal, Kesihatan, Landskap dan Kewangan)

ii. Kementerian Kewangan Sabah

  1. Jabatan Bendahari Negeri (Urusan Pembayaran)
  2. Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (Pengurusan Sistem Pembayaran)
  3. Kementerian Kewangan (Bahagian Akaun, Bajet , Bajet dan Perolehan Kementerian Kewangan)

iii. Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar

  1. Jabatan Hidupan Liar (Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelenggaraan Hidupan Liar)
  2. Lembaga Taman-Taman Sabah (Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelenggaraan Taman-Taman Flora dan Fauna)
  3. Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (Bahagian Penguatkuasaan)

iv. Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan

  1. Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Lembaga Pembangunan dan Perumahan Bandar dan Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah (Bahagian Akaun)
  2. Pihak Berkuasa Tempatan (Unit Kesihatan, Unit Pembersihan, Unit Akaun, Unit Kejuruteraan, Unit Landskap dan Unit Penguatkuasaan)

v. Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat

  1. Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah

  1. Semua pegawai yang bertanggungjawab mengenai bencana alam.
  2. Institusi kebajikan di bawah Jabatan ini termasuk rumah-rumah orang tua, anak yatim dan autistik.

vi. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta agensi di bawahnya

  1. Jabatan Pertanian Sabah (Biosekuriti / Kuarantin, Pelesenan, Import dan Eksport, Penguatkuasaan, Penyelenggaraan dan Stesen Penyelidikan)

  2. Jabatan Perkhidmatan Veterinar (Biosekuriti / Kuarantin, Pelesenan, Import dan Eksport, Penguatkuasaan, Penyelenggaraan Stesen Penyelidikan, dan Haiwan Ternak)
  3. Jabatan Perikanan Sabah (Biosekuriti / Kuarantin, Pelesenan, Import dan Eksport, Penguatkuasaan, Penyelenggaraan Stesen Penyelidikan, Ternakan Ikan dan Akuakultur)
  4. Ko-Nelayan (Penyelenggaraan Ternakan Ikan, Akuakultur dan Pengagihan Diesel Bersubsidi)
  5. Lembaga Industri Getah Sabah (Penguatkuasaan)

vii. Kementerian Perdagangan dan Perindustrian

  1. Pusat Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP Power)

viii. Kementerian Pembangunan Infrastruktur

  1. Jabatan Kerja Raya (Teknikal, pemantauan penyelenggaraan jalan raya dan pembangunan operasi perkhidmatan bekalan minyak kenderaan rasmi Kerajaan)
  2. Jabatan Air Negeri Sabah (Teknikal, Penguatkuasaan, Pemantauan, Operasi Empangan dan Loji Air)
  3. Jabatan Keretapi Negeri Sabah (Teknikal, Pemantauan dan Operasi Pembentungan)
  4. Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah (Pemantauan, Teknikal dan Operasi Pelabuhan

ix. Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri

  1. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Bahagian Penguatkuasaan)

x. Kementerian Pelajaran dan Inovasi

  1. SabahNet
  Kerajaan Negeri akan memberi bantuan yang berpatutan kepada agensi-agensi yang terlibat dalam memberikan perkhidmatan penting negara (atau essential services)
 

PERINTAH SEKATAN IMIGRESEN

Kemasukan penduduk yang bukan berasal dari Negeri Sabah melalui pintu masuk udara, laut dan darat adalah tidak dibenarkan kecuali mendapat kelulusan khas daripada Kerajaan Negeri dan mempunyai pengesahan kesihatan yang membuktikan individu tersebut bebas daripada wabak COVID-19.

 

ACARA RASMI KERAJAAN DAN AKTIVITI KEAGAMAAN

Semua acara rasmi Kerajaan Negeri dan berkepentingan Kerajaan Negeri adalah ditangguhkan dan dibatalkan termasuklah Pesta Kaamatan, Pesta Kalimaran dan Lepa-Lepa.

Sahibus Samahah Mufti Kerajaan Negeri Sabah telah mengambil ketetapan bahawa semua aktiviti di masjid dan surat di seluruh negeri Sabah termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah tidak diadakan selama sepuluh (10) hari mulai 17 hingga 26 Mac 2020 bagi operasi pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah keselamatan mengelakkan jangkitan.

Semua Ketua Agama di setiap rumah ibadah seperti gereja, kuil, tokong dan mana-mana rumah ibadah di Negeri Sabah turut dinasihatkan untuk melakukan operasi pembersihan dan penyahkuman untuk tempoh sepuluh (10) hari mulai 17 hinggan 26 Mac 2020 sebagai langkah keselamatan mengelakkan jangkitan.

 

PENGAKTIFAN JAWATANKUASA BENCANA NEGERI DAN DAERAH

Kerajaan Negeri telah mengaktifkan Command Centre melalui Jawatankuasa Bencana Negeri bermula 12 Mac 2020 yang dipengerusikan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Negeri.

Jawatankuasa Bencana Daerah turut diaktifkan di semua daerah yang akan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah.

Kerajaan Negeri mengharapkan kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah untuk membekalkan data-data terkini dan terperinci berkaitan dengan wabak COVID-19 agar langkah-langkah diambil dengan cepat.

 

Saya menyeru kepada semua rakyat negeri Sabah agar sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan tersebut. Ini adalah tanggungjawab yang mesti dilaksanakan sebagai rakyat yang prihatin terhadap keluarga, masyarakat, negeri dan negara  kita.

Sekian.

 

YAB KETUA MENTERI SABAH

17 MAC 2020

Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain