Kandungan sedang dimuatkan...

Arahan Bekerja Dari Rumah Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan dan Penutupan Premis Kerajaan

Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Merujuk kepada Perutusan Khas YAB. Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 dan Kenyataan Media (Khas) YAB. Ketua Menteri pada 17 Mac 2020 mengenai CoVid-19, semua penjawat awam Negeri Sabah adalah diarah untuk bekerja dari rumah. Walau bagaimanapun, Ketua Jabatan boleh menentukan perkhidmatan penting (atau essential services) dan perkhidmatan yang difikirkan perlu oleh Kementerian/Jabatan masing-masing.

3. Bagi pegawai yang diarah untuk bekerja dari rumah, perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi:

  1. Sentiasa berada di rumah dalam tempoh waktu pejabat/bekerja yang ditetapkan Kerajaan;
  2. Sentiada bersedia sekiranya diarah oleh Ketua Jabatan untuk hadir ke pejabat atau mana-mana lokasi lain; dan
  3. Memastikan sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh waktu bekerja.

4. Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap pegawai yang gagal mematuhi perkara-perkara yang dinyatakan di perenggan 3 melainkan terdapat kebenaran Ketua Jabatan. Pegawai adalah terakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008 dan peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan dari semasa ke semasa yang mana bersesuaian.

5.  Sila keluarkan surat arahan kepada mana-mana penjawat awam yang dikehendaki bertugas di pejabat atau di lapangan dengan mengemukakan sesalinan ke pejabat ini. Penjawat awam tersebut hendaklah sentiasa membawa surat arahan bertugas.

6. Arahan ini berkuatkuasa dengan SERTA-MERTA.

Sekian,

 

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH"

 

(DATUK Sr. HAJI SAFAR BIN UNTONG, JP.)
Setiausaha Kerajaan Negeri
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain