Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Selaras dengan kenyataan media Setiausaha Kerajaan Negeri bertarikh 13 Mac 2020 mengenai langkah-langkah pengawalan wabak CoVID-19, Yang Berbahagia Datuk / Tuan / Puan adalah dikehendaki untuk menangguh sebarang program atau aktiviti yang dianjurkan oleh Kementerian/Jabatan dan agensi di bawah kawalan masing-masing yang melibatkan penyertaan melebihi lima puluh (50) orang sehingga arahan seterusnya dikeluarkan.
3. Arahan ini hendaklah berkuatkuasa dengan SERTA-MERTA.
4. Kerjasama Yang Berbahagia Datuk / Tuan / Puan ke atas perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH"
Saya yang menjalankan amanah,