Kandungan sedang dimuatkan...

Soalan Lazim Operasi Pejabat Kerajaan Negeri Sabah Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahap 6 (13 Mei - 09 Jun 2020)

Apakah tujuan soalan lazim ini dikeluarkan?
Garis panduan ini adalah untuk menggariskan langkah-langkah yang perlu dipatuhi mengenai pengoperasian pejabat-pejabat Kerajaan Negeri Sabah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 13 Mei 2020.


Apakah aspek penting dalam pengoperasian pejabat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
Empat (4) aspek pengoperasian pejabat merangkumi:
  1. pengurusan tatacara bekerja semasa PKP;
  2. pengurusan fasiliti dan keselamatan;
  3. pengurusan mesyuarat dan pengajuran program rasmi; dan
  4. kesihatan pegawai kerajaan.

Apakah pengurusan tatacara bekerja yang efektif semasa PKP?
Pengurusan tatacara bekerja semasa PKP ialah kaedah bekerja dari rumah (BDR) dan penggiliran kerja. Tatacara ini hanya terpakai bagi tempoh 13 Mei 2020 hingga 9 Jun 2020 atau pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa.


Apakah maksud bekerja dari rumah (BDR)?
Bekerja dari rumah (BDR) bermaksud:
  1. seseorang pegawai itu akan melaksanakan kerja-kerja pejabat di rumah dan tidak perlu berada di pejabat dalam tempoh waktu pejabat atau bekerja yang ditetapkan oleh Kerajaan;
  2. pegawai hendaklah sentiasa bersedia sekiranya diarah oleh Ketua Jabatan untuk hadir ke pejabat atau ke mana-mana lokasi lain;
  3. pegawai hendaklah memastikan sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh waktu bekerja; dan
  4. kerja yang diarah oleh Ketua Jabatan/Penyelia boleh disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan tidak dilengahkan.

Siapakah yang layak dipertimbangkan untuk bekerja dari rumah atau penggiliran kerja?
Semua penjawat awam negeri Sabah layak dipertimbangkan untuk bekerja dari rumah atau penggiliran kerja kecuali mana-mana urusan atau tugasannya yang memerlukan keberadaan pegawai di pejabat.


Apakah formula bagi menentukan jumlah pegawai yang bekerja di premis pejabat?
Ketua jabatan hendaklah memastikan kehadiran pegawai di pejabat dengan sekurang-kurangnya 60% mengikut keperluan perkhidmatan.


Adakah Ketua Jabatan boleh menentukan kaedah bekerja dari rumah secara bergilir kepada pegawai di jabatan masing-masing?
Boleh. Ketua Jabatan boleh menentukan kaedah bekerja dari rumah secara bergilir. Ketua Jabatan hendaklah memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan adalah seperti biasa dan pertimbangan pegawai bekerja dari rumah tidak menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.


Bolehkah pegawai yang bekerja dari rumah memohon cuti rehat semasa dalam tempoh bekerja dari rumah?
Boleh. Kemudahan cuti rehat adalah berdasarkan peraturan sedia ada. Setiap permohonan cuti hendaklah mendapat kelulusan Ketua Jabatan.


Bolehkah pelanggan datang ke pejabat kerajaan untuk urusan rasmi?
Boleh dengan syarat pejabat kerajaan hendaklah memastikan perkara-perkara berikut:
  1. pengesanan suhu badan, pemakaian pelitup muka (face mask) dan penggunaan pensanitasi tangan (hand sanitizer) di pintu masuk utama;
  2. mengamalkan penjarakan sosial di ruang kerja dan kaunter perkhidmatan pelanggan;
  3. kerja-kerja disinfeksi bangunan kerajaan dilakukan mengikut jadual; dan
  4. membuat pendaftaran pelanggan seperti nama penuh, nombor telefon, waktu masuk dan waktu keluar, urusan dan pegawai yang berurusan.

Adakah mesyuarat masih dilaksanakan di peringkat Kementerian, Jabatan atau Agensi Kerajaan semasa tempoh PKP berkuatkuasa?
Tidak digalakkan. Agensi kerajaan diminta untuk menangguhkan mesyuarat yang kurang penting atau melaksanakan mesyuarat secara atas talian melalui sidang video atau secara hybrid. Kehadiran ke mesyuarat secara fizikal hanya melibatkan pengerusi, setiausaha dan urusetia mesyuarat yang tidak melebihi lima (5) orang.


Bolehkah Kementerian, Jabatan atau Agensi Kerajaan mengadakan penganjuran program rasmi?
Tidak dibenarkan. Penganjuran program rasmi seperti kursus, persidangan, seminar atau bengkel yang berbentuk penglibatan dan kehadiran khalayak ramai di satu-satu tempat yang melebihi sepuluh (10) orang adalah tidak dibenarkan sehingga dimaklumkan kelak.


Apakah tanggungjawab Ketua Jabatan kepada pegawai yang berada di pejabat?
Ketua Jabatan bertanggungjawab:
  1. memastikan tahap kesihatan pegawai berada pada tahap yang baik sebelum datang ke pejabat;
  2. menjalankan pengukuran suhu badan sebelum membenarkan pegawai memasuki premis dan pegawai yang gagal menepati suhu badan sihat (melebihi 37.5°C) yang telah ditetapkan tidak dibenarkan untuk masuk ke premis pejabat dan diarahkan untuk terus menjalani pemeriksaan kesihatan di fasiliti kesihatan yang berhampiran;
  3. sekiranya pegawai disahkan positif atau dikenakan arahan kuarantin di rumah akibat COVID-19, pegawai hendaklah dilarang sama sekali hadir ke pejabat sehingga disahkan sihat oleh Pegawai Perubatan.
  4. Ketua Jabatan hendaklah memastikan terdapat protokol pemantauan penyakit dan pencegahan penularan jangkitan COVID-19 di pejabat.

Apakah penjawat awam itu sendiri perlu memainkan peranan ke atas kesihatan diri dan awam?
Penjawat awam perlu mengamalkan tahap kesihatan diri yang tinggi dan tidak bergejala seperti demam, batuk atau selesema semada di pejabat. Penjawat awam perlu jujur memaklumkan kepada ketua atau penyelia dengan serta-merta sekiranya dikenakan kuarantin di rumah atau di pusat kuarantin, disyaki mempunyai kontak rapat atau disahkan positif COVID-19.


Apakah tanggungjawab Ketua Jabatan bagi menangani penularan penyakit COVID-19?
Ketua Jabatan perlu menyediakan pengesanan suhu badan, memastikan penggunaan pelitup muka (face mask) dan penggunaan pensanitasi tangan (hand sanitizer) di pintu masuk pejabat, memastikan pekerja sentiasa mengamalkan penjarakan sosial di premis pejabat dan menyediakan tatacara operasi standard (SO) untuk rujukan termasuk penggunaan lif, tandas awam dan pejabat, sistem penghawa dingin atau ventilasi, ruang gunasama seperti pantri, bilik mesyuarat dan peralatan.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain