Kandungan sedang dimuatkan...

Persidangan HR-Psikologi Perkhidmatan Awam Negeri Sabah 2017: “Maintaining Work-Life Balance in The 21st Century”

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia akan mengadakan Persidangan HR-Psikologi Perkhidmatan Awam Negeri Sabah 2017: “Maintaining Work-Life Balance in The 21st Century” pada 01 Ogos 2017 di TH Hotel, Kota Kinabalu.

Tema “Maintaining Work-Life Balance in 21st Century” dipilih selaras dengan penemuan melalui kajian umum yang dijalankan terhadap penjawat awam di mana simptom-simptom seperti kurang fokus di tempat kerja, kelenguhan badan, insomnia, mudah lupa, tekanan kerja, tidak kreatif, tidak bermaya, gugup, runsing, masalah saraf, migrain, mengantuk ketika bekerja menunjukkan tahap pengendalian stres perlu ditingkatkan agar kesejahteraan minda dapat dialami dan seterusnya kebijaksanaan dalam mengendalikan stres dapat ditingkatkan.

Tujuan utama persidangan ini diadakan adalah untuk memberi perkongsian ilmu mengenai pertimbangan menjaga keseimbangan kerjaya-kehidupan agar pelbagai tekanan yang dialami seharian dapat dikendalikan dengan efektif dan yang lebih penting menggunakan kaedah baru yang membolehkan pencapaian kadar kebahagiaan yang lebih tinggi.

Adalah diharapkan dengan adanya persidangan ini dapat menyedarkan penjawat awam agar dapat mentafsirkan stres dan seterusnya menguruskannya secara bijak yang membawa kepada kebahagian setiap individu yang hadir pada persidangan ini. Pihak penganjur juga mempunyai harapan besar agar penemuan dan kaedah baru yang dibentangkan dapat diaplikasikan di setiap organisasi di bawah kerajaan negeri dalam meningkatkan kualiti bekerja disamping mewujudkan suasana kerja yang kondusif serta mesra kepada penjawat awam.

Atur Cara Persidangan adalah seperti berikut:

Masa Aktiviti 
 08.00 Pagi Pendaftaran Peserta & Sarapan Pagi 
08.30 Pagi Ketibaan YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia
Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Sabah Tanah Airku
Bacaan Doa
09.00 Pagi Ucapan Amanat oleh YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim Seman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia
Majlis Pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim Seman Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia
10.30 Pagi Minum Pagi
11.00 Pagi Sesi I : “Managing Work-Life Balance Using Psycho-Linguistics: The Language Of The Mind”
Prof. Datuk Dr. Mohd. Tajudin Ninggal
Universiti Teknologi Malaysia
12.00 Tengahari Sesi II : Keseimbangan Spiritual Dalam Kehidupan
Hj. Mohd. Noor Ikhram bin Hussin
Bahagian Pengurusan Psikologi
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
01.00 Petang Rehat dan Makan Tengahari
02.30 Petang Sesi III : “Maintaining Work-Life Balance In The 21st Century”
Dr. Rizal Abu Bakar
Universiti Malaysia Sarawak
03.30 Petang SEFT Therapy
Hj. Mohd. Noor Ikhram bin Hussin
Bahagian Pengurusan Psikologi
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
05.00 Petang Majlis dijangka selesai
Profil Penceramah

TajPROFESOR DATUK DR. MOHD. TAJUDIN NINGGAL merupakan seorang tokoh akademik dan psikologi kaunseling yang tidak asing lagi di Malaysia. Beliau merupakan Ahli Majlis Kaunselor Malaysia dan juga seorang Kaunselor Profesional Berdaftar di bawah Lembaga Kaunselor Malaysia. Di peringkat antarabangsa, beliau merupakan Ahli Lembaga Kaunselor Asia-Pasifik (APECA) dan Ahli Profesional Persatuan Kaunseling Amerika Syarikat (ACA) serta Persatuan Psikologi Kaunseling England (BACP). Beliau mempunyai lebih daripada 25 tahun pengalaman dalam bidang kaunseling dan psikoterapi serta mendapat Ijazah PhD dan Sarjana dalam bidang Psikologi Kaunseling dari Western Michigan University, Amerika Syarikat. 
drRizalDR. RIZAL ABU BAKAR merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak. Beliau mendapat Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD) dalam bidang Psikologi Klinikal dari Australian National University (ANU), Australia. Beliau pernah berkhidmat sebagai pakar psikologi di beberapa hospital dan universiti di Australia dan bergiat aktif sebagai pakar psikologi selama 21 tahun. Beliau pernah berkhidmat di luar negara sebagai pakar psikologi selama beberapa tahun di antaranya di Cardinia Casey Community Mental Health (Melbourne Australia), Minaret College (Melbourne Australia), Victoria University (Melbourne Australia), Goulburn Valley Health (Melbourne Australia) dan fello di St. Vincent Hospital (Melbourne Australia).
noorIkhramHJ. MOHD. NOOR IKHRAM B. HUSIN merupakan Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sejak tahun 2015. Beliau amat terkenal sebagai penyampai dan panel rancangan di beberapa stesen televisyen dan radio di Malaysia. Beliau pernah dan hingga kini mengendalikan beberapa slot di radio IKIM.FM di samping turut menjadi panel rancangan ‘Seruan Haji’ yang ditayangkan di RTM 1 pada tahun 2017. Beliau juga bergiat aktif sebagai panel rancangan di beberapa stesen televisyen kerohanian seperti Astro Oasis dan Al-Hijrah dalam rancangan Assalamualaikum, Ummi dan Abi, Tazkirah Malam Jumaat dan Tabayyun. Beliau mempunyai lebih daripada 15 tahun pengalaman dalam bidang bimbingan dan kaunseling dan turut terlibat dalam mengendalikan intervensi kaunseling kes kehilangan MH370 dari 8 Mac 2014 hingga kini, MH17 pada tahun 2014 hingga 2015 dan insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013 hingga 2015.


Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain