Kandungan sedang dimuatkan...

Istana Seri Kinabalu adakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri

Majlis Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri 2022 Istana Seri Kinabalu telah diadakan pada Isnin lepas.

Majlis dihoskan secara tertutup oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Juhar Haji Mahiruddin, Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Terdahulu, Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri bersama YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah telah diadakan di Masjid Negeri.

Solat diimamkan oleh Suhaidi Kaunting, Imam Besar Masjid Negeri bermula sekitar jam 7.45 pagi. Sejurus solat, bacaan khutbah bertajuk “Eratkan Silaturrahim, Perkukuh Perpaduan, Semarakkan Kesyukuran” telah disampaikan oleh Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri.

Hadir sama, YB Datuk Seri Panglima Sr. Safar Bin Untong, JP, Setiausaha Kerajaan Negeri; YB Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Menteri Tugas-Tugas Khas; YB Datuk Ir. Shahelmy Yahya, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat; YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan; serta YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri.

Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain