Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Fungsi JPAN

Peranan dan tanggungjawab bahagian-bahagian dalam Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

Fungsi Bahagian JPANS

Fungsi utama setiap bahagian yang menyokong pengurusan dan pembangunan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

  1. 1

    Bahagian Pembangunan Organisasi

    • Bertanggungjawab untuk melaksanakan kajian dan memberi khidmat nasihat berkaitan perjawatan dari segi pewujudan, pemansuhan atau penggredan semula jawatan; penstrukturan semula organisasi selaras dengan fungsi, objektif dan aktiviti fungsi; serta keperluan penubuhan atau pemansuhan sesebuah organisasi.
    • Bertanggungjawab untuk melaksanakan kajian dan memberi khidmat nasihat berkaitan perskiman termasuk pelaksanaan, penguatkuasaan, penambahbaikan dan pindaan ke atas skim-skim perkhidmatan.
    • Bertanggungjawab ke atas inventori perjawatan dan memastikan penggunaan tenaga kerja yang optima dari segi tahap penggunaan tenaga kerja, saiz perkhidmatan awam dan penetapan keperluan tenaga kerja sebenar melalui audit perjawatan.
    • Bertanggungjawab untuk memberi khidmat nasihat dalam penyediaan deskripsi tugas dan menyelaras Sistem i-Portfolio.
  2. 2

    Bahagian Perkhidmatan Awam

    • Menggariskan dasar, kriteria, strategi dan pendekatan yang sesuai dalam membuat keputusan untuk memenuhi dan memastikan keperluan pegawai di agensi negeri khususnya pegawai dalam perkhidmatan gunasama (N).
    • Merancang dan menganalisis keperluan dan menyediakan pelan strategik pengurusan sumber manusia Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.
    • Bertanggungjawab menyediakan pelan penggantian pegawai perkhidmatan gunasama (N) negeri.
    • Melaksanakan Pusat Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam Negeri Sabah bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional.
  3. 3

    Bahagian Saraan dan Pencen

    • Menggubal, melaksana dan memantau pengurusan gaji sektor awam melalui pewujudan dasar gaji selaras dengan dasar gaji Perkhidmatan Awam Persekutuan.
    • Menggubal, melaksana dan memantau pengurusan elaun perkhidmatan awam melalui pewujudan dasar elaun selaras dengan dasar elaun Perkhidmatan Awam Persekutuan dan keperluan semasa Penjawat Awam Negeri.
    • Menggubal, melaksana dan memantau pengurusan perhubungan majikan-pekerja melalui pelaksanaan Majlis Bersama Jabatan (MBJ).
    • Menggubal, melaksana dan memantau pengurusan kemudahan perkhidmatan awam melalui pewujudan dasar kemudahan cuti, rumah kerajaan, perubatan, pakaian serta waktu bekerja dan bayaran lebih masa.
  4. 4

    Institut Latihan Sektor Awam (INSAN)

    • Merancang dan mengurus Peperiksaan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (PPANS).
    • Sebagai Setiausaha Lembaga Kompetensi Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (LKPANS).
    • Mengkaji dan memastikan sukatan-sukatan peperiksaan dibangunkan, dikemaskini dan dikuatkuasakan mengikut skim-skim perkhidmatan semasa.
    • Menetapkan piawaian dan menyelaras tahap kesukaran peperiksaan perkhidmatan awam negeri.
    • Merangka, mengurus dan memantau pelaksanaan program-program bahagian.
    • Merangka pelaksanaan penilaian kompetensi.
  5. 6

    Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah

    • Melaksanakan dasar kerajaan dalam pembangunan modal insan melalui peningkatan akademik dengan pemberian biasiswa selaras dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya dalam membangunkan modal insan untuk meningkatkan akademik anak-anak Sabah.
    • Menerajui pembiayaan pendidikan di negeri Sabah secara inklusif dengan mengoptimumkan peluang penajaan. Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah menaja pengajian di peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
    • Selain itu, penajaan ke luar negara adalah untuk memberikan pendedahan dan pendidikan kepada pelajar mengenai kepakaran dan teknologi negara maju untuk diaplikasikan dalam pembangunan negara.
    • Bagi membasmi kemiskinan dan menangani lambakan pengangguran, Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah menawarkan program Latihan Kemahiran TVET yang mempunyai hala tuju pekerjaan kepada anak-anak B40 dan luar bandar yang tercicir dalam akademik, untuk merubah kehidupan keluarga mereka.
  6. 7

    Bahagian Kerajaan Digital

    • Bertanggungjawab untuk menguruskan segala aspek berkaitan dengan penghasilan media dan pengurusan dokumentasi. Bahagian ini mempunyai peranan yang penting dalam menyediakan, menyimpan, dan menguruskan semua jenis media dan dokumen yang diperlukan oleh organisasi.
    • Memfokuskan kepada keselamatan maklumat dan sistem teknologi organisasi melalui pengurusan dan penguatkuasaan ISMS berdasarkan ISO 27001.
    • Bertanggungjawab untuk menguruskan data dan menganalisis maklumat yang diperolehi termasuk pengumpulan data dari pelbagai sumber, membersihkan dan menyusun data, menganalisis data untuk mengenal pasti corak atau trend, serta menyediakan laporan papan pemuka atau cadangan kepada pihak-pihak yang berkepentingan dalam organisasi perkhidmatan awam negeri.
  7. 8

    Bahagian Governan dan Korporat

    • Memantau dan menyelaras pekeliling, PPANS & APANS serta mengenal pasti isu dan tindakan yang bersesuaian bagi memperkukuh aspek governan dan integriti melalui inisiatif pencegahan, penggalakan dan pembudayaan governan dan penginstitusian integriti secara terancang.
    • Penjenamaan jabatan melalui perhubungan awam dan media dengan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat dan menguruskan bahan-bahan penerbitan jabatan sebagai sumber maklumat seperti video korporat, buku panduan komprehensif, jabatan dan lain-lain bentuk penerbitan bagi tujuan promosi.
    • Merancang dan melaksanakan Pensijilan Audit MS ISO 9001:2015 JPANS bagi meningkatkan kualiti sistem pengurusan dan mengkaji serta menambahbaik proses kerja dalam JPANS dari semasa ke semasa.
    • Memudahcara pembangunan papan pemuka prestasi perkhidmatan teras bagi setiap agensi dan melaksanakan pemantauan prestasi secara berkala melalui papan pemuka prestasi setiap agensi.
  8. 9

    Bahagian Khidmat Pengurusan

    • Bahagian Khidmat Pengurusan merupakan nadi yang melancarkan perjalanan operasi, perancangan dan strategi pengurusan dalam Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.
    • Bertanggungjawab dalam mengurus sumber manusia, pentadbiran am, kewangan dan menyediakan perkhidmatan sokongan buat organisasi ini.
    • Mengurus dan menyelaras perolehan yang meliputi urusan Bekalan/Perkhidmatan/Kerja secara Tender/Sebut Harga dan Pembelian Terus bagi memastikan mencapai objektif agensi dengan mematuhi dasar, peraturan dan tatacara perolehan semasa yang berkuatkuasa.
    • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas berkaitan khidmat telefon, khidmat penerangan dan khidmat perhubungan pelanggan di peringkat jabatan seperti mengendalikan panggilan telefon (peringkat dalaman dan luaran), melayani dan membantu pelanggan yang berurusan dengan agensi dan memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan.

We use cookies

We use cookies to improve your experience, analyse portal usage, and ensure essential site functions operate correctly. Cookie Policy