Kandungan sedang dimuatkan...

Perutusan Setiausaha Negeri Sabah Tahun 2020

datuksafarAssalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera.

Rakan-rakan yang dihormati,

Selamat Tahun Baru 2020 kepada semua rakan penjawat awam negeri Sabah. Saya merasa amat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana masih diberikan peluang untuk bersama-sama dengan keluarga dan rakan-rakan meraikan tahun 2020. Saya turut berharap anda semua meraikan tahun baru ini dengan penuh rasa syukur dan gembira bersama keluarga serta rakan masing-masing.

Melihat kembali kepada prestasi Perkhidmatan Awam Negeri tahun 2019, kita berjaya melaksanakan dengan baik dasar-dasar Kerajaan Negeri semasa dan kita diukur melalui pelaksanaan Petunjuk Prestasi Utama yang berpaksikan kepada 10 bidang keberhasilan negeri. Purata pencapaian keseluruhan bagi semua Kementerian dan Jabatan ialah 84.77% (setakat November 2019). Kita juga telah berjaya melakar pencapaian terbaik apabila Negeri Sabah menjadi Negeri Pertama membuktikan komitmen dalam membanteras isu rasuah dalam perkhidmatan kerajaan yang dizahirkan melalui pelaksanaan Pelan Antirasuah Jabatan Ketua Menteri yang dilancarkan pada 01 November 2019 oleh YAB Ketua Menteri

Sabah.

04 November 2019 merupakan tarikh saya melaporkan diri sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang ke 10 dan selaku Pengurusan Tertinggi dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sabah yang baharu, adalah menjadi aspirasi saya untuk melihat Perkhidmatan Awam Negeri Sabah cemerlang dalam sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Sempena hari pertama tahun 2020 ini, marilah kita bersama-sama memikirkan mekanisma terbaik untuk memastikan setiap tindakan harian yang dibuat adalah pantas, tepat dan berintegriti serta berupaya memberikan impak besar kepada tahap prestasi penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Dalam masa yang sama, kita harus meningkatkan keupayaan modal insan dan sentiasa mengamalkan good governance.

Selaras dengan tema Bajet Negeri Sabah 2020 iaitu Merancakkan Pembangunan Untuk kesejahteraan Rakyat dengan memberi fokus kepada lima (5) bidang utama, saya ingin membawa rakan-rakan sekalian untuk bersama-sama melakukan transformasi perkhidmatan awam negeri yang berimpak tinggi melalui inisiatif Digitalization ke era Smart Digital Government. Konsep Kerajaan digital hendaklah berlandaskan kepada 5A – Accessible by Anyone at Anytime, Anywhere, by Any Mobile Device. Untuk melakukan perubahan bukanlah satu perkara yang mudah tetapi saya yakin dan percaya kita semua berupaya menguruskannya dengan bijak dan dedikasi.


Tahun 2020 pasti akan membawa cabaran tersendiri, namun begitu melalui teamwork dan komitmen yang tinggi, saya yakin, kita berupaya mencapai kecemerlangan yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

Kecemerlangan akan terus menjadi keutamaan saya dan saya yakin anda juga akan melakukan perkara yang sama.



DATUK SERI PANGLIMA Sr. HAJI SAFAR B UNTONG, J.P.
Setiausaha Kerajaan Negeri
01 Januari 2020


Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain