Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah telah merangka pelan strategik bagi tempoh lima (5) tahun (2018-2022) yang menumpukan kepada jentera pemodenanan dan penerapan budaya berprestasi tinggi kepada modal insan dan organisasi perkhidmatan awam negeri melalui empat (4) teras perancangan yang strategik.
Setiap teras yang membentuk pelan strategik ini menekankan kepada kemajuan dan peningkatan dalam:
- Teras 1 - High Performance Organization: Menginstitusikan sistem kerja berprestasi tinggi
- Teras 2 - Future Human Resource: Melengkapkan keperluan insan masa depan
- Teras 3 - Digital Government: Menyediakan perkhidmatan digital untuk menyampaikan perkhidmatan terbaik; dan
- Teras 4 - Total Wellbeing: Menjajarkan keseimbangan kesihatan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan jiwa (4K) pegawai perkhidmatan awam.