Kandungan sedang dimuatkan...

𝘒𝘶𝘯𝘫𝘶𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘏𝘰𝘳𝘮𝘢𝘵 𝘚𝘒𝘕 𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘒𝘗𝘗𝘈𝘕 𝘒𝘦 𝘒𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵𝘦𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘞𝘢𝘯𝘪𝘵𝘢, 𝘒𝘦𝘴𝘪𝘩𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘋𝘢𝘯 𝘒𝘦𝘴𝘦𝘫𝘢𝘩𝘵𝘦𝘳𝘢𝘢𝘯 𝘙𝘢𝘬𝘺𝘢𝘵 (𝘒𝘞𝘒𝘒𝘙)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya
📍Kota Kinabalu, 9 Julai 2026 – Kunjungan Hormat YB Datuk Zainudin bin Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri, diiringi YBhg. Datuk Norlijah binti Haji Danin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) ke Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat (KWKKR) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama KWKKR. Delegasi telah disambut oleh YBhg. Datuk Maria Chong, Setiausaha Tetap KWKKR. Turut hadir dalam kunjungan hormat ini ialah YBhg. Datuk Dr. Ahemad bin Sade, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Encik Henry Idol, Timbalan Setiausaha Tetap Sektor Dasar dan Pengurusan (SDP), Puan Alijah Ismail, Timbalan Setiausaha Tetap Sektor Program dan Pembangunan (SPP).
Sesi taklimat khas telah disampaikan oleh Setiausaha tetap KWKKR berkenaan skop fungsi dan tanggungjawab kementerian yang meliputi aspek kebajikan, pembangunan wanita, kesihatan, kos sara hidup dan perpaduan. Pembentangan turut menyentuh pelaksanaan pelbagai program di bawah sektor kebajikan seperti pembangunan Kompleks Bersepadu Orang Kurang Upaya (OKU) dan Warga Emas di Inanam serta Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya di Sandakan. Bagi sektor pembangunan wanita, kementerian memaklumkan pelaksanaan Program Santuni Wanita dan Program Pembangunan Wanita Berwibawa sebagai usaha memperkasakan golongan wanita di negeri ini. Seterusnya, beliau menerangkan inisiatif dalam sektor kesihatan yang memberi penekanan kepada penyediaan perkhidmatan, fasiliti dan kepakaran kesihatan yang berkualiti kepada rakyat. Bagi menangani isu kos sara hidup, beliau turut menjelaskan pelaksanaan pelbagai bentuk bantuan termasuk pemberian subsidi, kawalan harga barangan keperluan serta bantuan kepada kumpulan sasar, khususnya golongan ibu dan Orang Kurang Upaya (OKU), bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus dipelihara. Selain itu, kementerian turut membentangkan beberapa inisiatif yang akan dilaksanakan pada tahun 2026, antaranya pemberian sumbangan kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak (PPKK).
Secara keseluruhannya, kunjungan hormat ini telah mencapai objektifnya sebagai platform perkongsian maklumat mengenai dasar, fungsi dan inisiatif strategik KWKKR di samping memperkukuhkan hubungan kerjasama antara Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) dan KWKKR.
Turut hadir dalam kunjungan hormat ini, Puan Aidah Haji Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPANS, Puan Samsakiah Jamil, Ketua Bahagian Integriti dan Governans Negeri Sabah, Tuan Jais bin Asri, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, Puan Hajah Haslina binti Ismail, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah, Puan Salbiah Binti Aman, Ketua Penolong Setiausaha, SDP, Encik Lee Chun Kiat, Ketua Penolong Setiausaha, SPP, Puan Maznah binti Maun, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam JPANS, Puan Martina Jublee, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi JPANS, serta pegawai-pegawai kanan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, JPANS dan KWKKR.
Sekian, terima kasih
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain