Kandungan sedang dimuatkan...

𝘒𝘶𝘯𝘫𝘶𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘏𝘰𝘳𝘮𝘢𝘵 𝘚𝘒𝘕 𝘉𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘒𝘗𝘗𝘈𝘕 𝘒𝘦 𝘒𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵𝘦𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘒𝘦𝘳𝘢𝘫𝘢𝘢𝘯 𝘛𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘳𝘶𝘮𝘢𝘩𝘢𝘯 (𝘒𝘒𝘛𝘗)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia MADANI dan Salam Sabah Maju Jaya

📍Kota Kinabalu, 9 Julai 2026 – Kunjungan Hormat dan Lawatan Rasmi oleh YB Datuk Zainudin bin Aman, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah ke Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) telah diadakan pada 8 Julai 2026 bertempat di Wisma Innoprise. Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh penyelarasan pentadbiran serta memantapkan kerjasama strategik antara agensi-agensi kerajaan.

Rombongan lawatan telah disambut oleh Setiausaha Tetap KKTP, Datuk Jumain Abdul Ghani bersama pegawai-pegawai kanan serta warga kementerian. Dalam sesi tersebut, YB Datuk Zainudin turut mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, YB Datuk Dr. Haji Mohd Arifin bin Mohd Arif, yang turut disertai Pembantu Menteri KKTP, Datuk Dr. Maijol Mahap.

Turut mengiringi YB Setiausaha Kerajaan Negeri ialah YBhg. Datuk Norlijah binti Haji Danin, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah; YBhg. Datuk Dr. Ahemad bin Sade, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan); serta pegawai-pegawai kanan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS), iaitu Puan Aidah Haji Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan); Puan Maznah binti Maun, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam; serta Puan Martina Jublee, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi.

Perbincangan semasa kunjungan tersebut memberi penekanan terhadap perancangan dan pelaksanaan inisiatif KKTP, khususnya berkaitan pembangunan perumahan, pengurusan bandar serta isu-isu semasa yang memerlukan penyelarasan berterusan. Lawatan diteruskan dengan sesi taklimat oleh Setiausaha Tetap KKTP yang membentangkan perkembangan Program Perumahan Rakyat (PPR), kemajuan pelaksanaan projek perumahan serta langkah-langkah strategik dalam menangani isu penempatan setinggan di Sabah.

Lawatan kerja ini menggambarkan kesungguhan Kerajaan Negeri dalam memperkukuh tadbir urus, memantau pelaksanaan dasar serta memastikan agenda pembangunan perumahan dan bandar dapat dilaksanakan secara berkesan demi kesejahteraan rakyat selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain