Kandungan sedang dimuatkan...

Belanjawan 2021 oleh YAB Ketua Menteri Sabah khusus untuk Penjawat Awam Negeri

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah membentangkan Belanjawan Sabah 2021 berjumlah RM4.3 bilion pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di Kota Kinabalu, yang memberi fokus kepada membangunkan ekonomi mampan demi kesejahteraan rakyat.

Bertemakan 'Rakyat Sejahtera Ekonomi Mampan', belanjawan kali ini berteraskan aspirasi dan komitmen kerajaan bagi menyemai semangat, nilai murni serta sikap kebertanggungjawaban dalam kalangan rakyat supaya bersatu selain bekerjasama membina kemajuan dan kejayaan negeri.

Semasa pembentangan itu, YAB Ketua Menteri juga telah mengumumkan belanjawan khusus bagi penjawat awam negeri antaranya:


BANTUAN KHAS RM600 KEPADA PENJAWAT AWAM

Kerajaan Negeri Sabah telah mengumumkan pemberian bantuan khas sebanyak RM600 kepada semua penjawat awam negeri ini.

Bantuan khas ini akan dibayar sekaligus pada Januari 2021 yang melibatkan peruntukan sejumlah 8.7 juta Ringgit Malaysia.

Dengan harapan insentif itu akan memberi suntikan semangat kepada para penjawat awam negeri untuk berusaha lebih gigih demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat. Tambahnya, perkhidmatan awam juga harus tetap berfungsi dengan berkesan melalui strategi dan pendekatan normal baharu yang bersesuaian serta mematuhi tuntutan norma baharu dalam tempoh penularan pandemik Covid-19.

PROGRAM PENINGKATAN KERJAYA PERKHIDMATAN AWAM DITERUSKAN TAHUN DEPAN

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, usaha ini sejajar dengan aspirasi Perkhidmatan Awam Negeri yang mahu menyediakan keperluan sumber manusia pada masa mendatang.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri akan sentiasa memberikan keutamaan terhadap pembangunan keupayaan dan kompetensi sumber manusia.

Sehingga November 2020, jumlah anggota perkhidmatan awam negeri yang menerima manfaat peningkatan kerjaya adalah seramai 762 orang.

Jumlah tersebut merupakan 5.26 peratus daripada 14,492 kapasiti anggota perkhidmatan awam negeri di kementerian, jabatan dan pejabat daerah.

Selain itu, Kerajaan Negeri akan memfokuskan kepada usaha pendigitalan perkhidmatan awam dan ekonomi digital pada tahun mendatang.

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri berkata, rasionalisasi agensi-agensi kerajaan negeri ini akan terus dilaksanakan bagi memastikan keberhasilan dan keberkesanan sistem penyampaian kerajaan.

Katanya, usaha itu perlu bagi memastikan perkhidmatan awam negeri dapat berfungsi pada tahap kecekapan yang tertinggi pada setiap masa, sekaligus dapat menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada semua lapisan masyarakat.

KERAJAAN PERKENAL PELAN SMJ 2021-2025

Kerajaan Sabah akan memperkenalkan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (Pelan SMJ) yang dilaksanakan dalam tempoh lima tahun bermula 2021 hingga 2025.

Yang Amat Berhormat Ketua Menteri berkata, penyediaan pelan ini kini berada dalam peringkat akhir termasuk dalam peringkat sesi libat urus (engagement) untuk memuktamadkan inisiatif-inisiatif yang bertepatan, seterusnya akan dibentangkan pada Januari tahun depan.

Selain memberi fokus menangani isu kesihatan awam, kerajaan juga telah memulakan usaha merangka strategi dan pendekatan dalam merangsang pembangunan negeri yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Katanya, pelan SMJ itu akan berfungsi sebagai panduan hala tuju dasar dan program kerajaan, yang terancang dan strategik untuk mencapai sasaran dan matlamat yang bertepatan dengan keperluan pembangunan negeri.

Mengulas lanjut, katanya, pelan ini akan bergerak seiring dengan kerangka utama pembangunan negara melalui Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB).

Selain itu, Terdapat lima objektif pelaksanaan pelan SMJ iaitu :

  1. Membina negeri dan masyarakat yang bersatu padu, aman, makmur dan sejahtera
  2. Mengoptimumkan sumber dan hasil negeri
  3. Merangsang pemulihan ekonomi
  4. Meningkatkan ekonomi rakyat
  5. Membangunkan modal insan.

Pelan SMJ ini juga akan melibatkan tiga elemen utama iaitu
(S) sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan sebagai fokus pertumbuhan ekonomi
(M) modal insan dan kesejahteraan rakyat
(J) jaringan infrastruktur dan kelestarian hijau.

Tambahnya, pelaksanaan pelan ini juga akan didokong melalui penglibatan sektor swasta dari dalam dan luar negara





Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain