Kandungan sedang dimuatkan...

Program Eksklusif, Protokol dan Etiket Sosial Dalam Majlis Rasmi Adun Sabah



Kota Kinabalu - Kualiti pemimpin di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah bukan hanya terletak pada pengetahuan serta kepakaran, akan tetapi perlu menitik berat soal imej serta personaliti agar terus dihormati dan disegani.

Sehubungan itu, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri melalui Institut Latihan Sektor Awam Negeri Sabah (Insan) telah mengambil inisiatif dengan mengadakan Program Eksklusif Protokol dan Etiket Sosial Dalam Majlis Rasmi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Program yang berlangsung selama dua hari bermula Isnin itu telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.

Objektif program adalah untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan tentang amalan protokol serta etiket sosial dalam urusan majlis rasmi.

Selain itu,  peserta juga dapat meningkatkan kesedaran tentang panduan keterampilan diri, etika pemakaian serta personaliti  profesionalisme kerjaya.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Haji Kadzim M. Yahya.

Seramai lebih 40 ADUN menyertai program itu termasuklah Yang Berhormat Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Haji Mohd Ariffin Mohd Arif, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Tuan Haji Insenior (Ir) Shahelmey Yahya, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Senator Datuk Haji Yakubah Khan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, serta pembantu-pembantu menteri.





Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain