Kandungan sedang dimuatkan...

Kerajaan Negeri Terima Dividen daripada 12 Badan Berkanun Kerajaan dan GLC Tahun ini

YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah menyaksikan penyerahan dividen daripada Badan Berkanun dan Syarikat Kerajaan Negeri (GLC) di Aras 26, Menara Kinabalu yang berlangsung pada 07 Disember 2021 (Selasa).

Sejumlah RM 113,266,306.35 dividen diterima oleh Kerajaan Negeri daripada 12 Badan Berkanun Kerajaan dan Syarikat Kerajaan Negeri (GLC) tahun ini dengan kadar kenaikan sebanyak 12.92% berbanding tahun lalu.

Antara penyumbang dividen tersebut terdiri daripada Lembaga Pelabuhan Sabah, Sabah Credit Corporation, Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd, Progressive Insurance Berhad, Sawit Kinabalu Berhad, Qhazanah Sabah Sdn. Bhd, Saham Sabah Berhad, Kumpulan Yayasan Sabah, Desa Group of Companies, Koperasi Pembangunan Desa, dan Tabin Wildlife Sdn. Bhd.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Ketua Menteri, YB Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Tugas-Tugas Khas, YB Datuk Mohd Ariffin Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong, JP, dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain