Kandungan sedang dimuatkan...

Pemimpin akar umbi perlu gerak sehaluan laksana HTSMJ


𝙆𝙚𝙧𝙖𝙟𝙖𝙖𝙣 𝙉𝙚𝙜𝙚𝙧𝙞 𝙎𝙖𝙗𝙖𝙝 tidak terkecuali bertindak progresif dalam meningkatkan pembangunan sosio ekonomi dengan memperkenalkan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 : 2021 – 2025) yang menjadi pemandu arah pelaksanaan secara strategik demi mencapai sasaran keperluan negeri.

Menerusi pelaksanaan pelan ini, kesejahteraan rakyat menjadi salah satu teras utama bagi menyantuni segenap lapisan masyarakat terutama penduduk di luar bandar termasuk di kawasan pedalaman.

Memetik ucapan Belanjawan Negeri Sabah Tahun 2022 oleh YAB Ketua Menteri, sebanyak RM210.66 juta diperuntukan kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLB) bagi menaik taraf sosio ekonomi, infrastruktur asas dan memperkasakan peranan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Hal ini telah memberi nafas lega kepada golongan sasar yang masih dahagakan pembangunan sosio ekonomi di kawasan masing-masing.

Semasa Program Mini Roadshow Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang diadakan di Tawau pada Rabu lepas, Pemberita PANS sempat menemu bual pemimpin-pemimpin masyarakat bagi mendengar sendiri harapan mereka terhadap pelaksanaan pelan pembangunan ini.

Tuan Joseph Pang, Presiden Majlis Perbandaran Tawau berkata, pelan ini akan menjadi landasan terbaik untuk mempermudahkan urusan kerajaan demi memajukan negeri ini seiring dengan objektif pelaksanaan HTSMJ.

Beliau berharap semua pihak khususnya ‘pemimpin akar umbi’ bergerak sehaluan dengan kerajaan bagi memajukan negeri ini bersesuaian dengan polisi dan dasar iaitu mensejahterakan rakyat.

Encik Amat Salleh, Ketua Kampung Batu Payung Tawau, pula berpendapat bahawa pelaksanaan pelan pembangunan HTSMJ yang masuk setahun ini telah memberi impak positif terutamanya dalam meningkatkan taraf ekonomi penduduk kampung.

“Perubahan yang paling ketara kepada kami adalah pemberian bantuan 40 buah tukun tiruan oleh kerajaan, selain menaik taraf kemudahan asas demi meningkatkan sosio ekonomi di Kampung Batu Payung.

“ Selain itu, bantuan lain juga diberikan kepada penduduk kampung...keperihatinan kerajaan ini amat dihargai dan kami berharap akan diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Manakala, Encik Abdul Luis bin Abdul Pulis, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Jalan Apas berkata, pelbagai kursus dan latihan pembangunan insan telah dilaksanakan di kampung beliau dalam tempoh setahun pelaksanaan HTSMJ.  

Katanya, usaha ini secara langsung membuka ruang dan peluang kepada penduduk kampungnya untuk berfikir ‘Out of the box’  dalam mencari inisiatif meningkatkan taraf ekonomi masing-masing.

“Kami bersyukur kerana didedahkan dengan kursus dan latihan keusahawanan seperti penanaman cili baru-baru ini yang dianjurkan hasil usahasama agensi berkaitan dalam mewujudkan peluang serta meningkatkan pendapatan kami di sini.

“Kami berharap akan ada pembaharuan lain yang akan dilakukan oleh kerajaan di kampung kami supaya kami tidak terlepas merasai pembangunan seperti di tempat lain,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Jaykhan Ahlan, penjawat awam berkata, meskipun berkidmat jauh daripada keluarga, beliau tetap bersyukur kerana dapat merasai nikmat pembangunan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan yang ada sekarang.

“ Saya percaya, walau di mana juga kita berada, kerajaan tetap prihatin menjaga kebajikan rakyat terutama di kawasan luar bandar seperti yang terkandung dalam pelan pembangunan SMJ.

“Pembangunan infrastruktur yang ada sekarang bukan sekelip mata dibina, namun ia berkat daripada perancangan tersusun oleh kerajaan dalam mensejahterakan golongan marhaen,” jelasnya yang berasal dari daerah Papar.

Terdahulu, YBhg. Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai, JP, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri telah merasmikan Program Mini Roadshow Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang berlangsung selama dua hari bermula Selasa lepas. Antara pengisian program seperti Retrospektif Aspirasi HTSMJ dan Mini Forum berkaitan inisiatif sektor Pertanian, Pelancongan dan Kesejahteraan Rakyat.

Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain