Skim perkhidmatan yang terlibat dengan pelaksanaan opsyen di bawah pekeliling adalah seperti berikut:
a. Skim perkhidmatan yang menetapkan kelayakan masuk yang lebih tinggi (memiliki kelayakan STPM / Sijil Politeknik / Sijil STPM / diploma berkaitan) pada tarikh kuat kuasa pekeliling:
1) Pemeriksa Kereta Motor
2) Pembantu Geosains
3) Pembantu Ehwal Ekonomi
4) Juruteknik Komputer
5) Penguasa Bekalan Air
6) Merinyu Tali Air
7) Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/Penolong Pegawai Latihan Vokasional/Pegawai Latihan Vokasional (Bersepadu)
8) Pembantu Pemeriksaan Kilang dan Jentera
9) Jurubahasa
10) Pembantu Penerbitan
11) Pembantu Penyedia Makanan
12) Pembantu Penyelidik
13) Pembantu Juruaudit
14) Pembantu Akauntan
15) Pembantu Tadbir (Kewangan)
16) Pembantu Penilaian
b. Skim perkhidmatan yang dijumudkan
1) Pembantu Meteorologi
2) Pengajar Kraf
3) Pengajar Membalak
4) Peniup Kaca
5) Penyelia Jurupakaian
6) Penolong Operator Kamera
7) Jurulatih Kawad
Tawaran opsyen ini tidak melibatkan pegawai lantikan kontrak dan sementara. Gaji pegawai akan diselaraskan berdasarkan JGMM baharu.
Perkhidmatan pegawai kontrak/sementara tersebut boleh diteruskan sehingga tamat tempoh yang berkuat kuasa. Urusan pelantikan semula (jika ada), pegawai berkenaan akan diuruskan oleh Ketua Jabatan, tertakluk memenuhi syarat skim perkhidmatan yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2016.
Tidak. Opsyen pertukaran pelantikan hanya ditawarkan kepada pegawai yang memiliki kelayakan pada tarikh kuat kuasa pekeliling (1 Julai 2016) dalam skim perkhidmatan yang ditawarkan sahaja.
Bagi pegawai yang memperolehi kelayakan berkaitan selepas tarikh kuasa pekeliling, permohonan pelantikan ke sesuatu jawatan hendaklah dibuat melalui permohonan baharu.
Tidak. Tawaran opsyen hanya diberikan kepada pegawai yang:
1. Memiliki kelayakan STPM / sijil politeknik / sijil setaraf STPM / diploma bagi 16 skim perkhidmatan yang berkenaan.
2. Berada dalam tujuh 7 skim perkhidmatan yang dijumudkan pada tarikh kuat kuasa pekeliling (1 Julai 2016)
Pilihan umur bersara wajib adalah muktamad berdasarkan kepada opsyen sedia ada. Tawaran berdasarkan kepada opsyen sedia ada. Tawaran pertukaran pelantikan hanya akan diberikan kepada pegawai yang masih berada dalam perkhidmatan pada tarikh kuat kuasa pekeliling (1 Julai 2016).
Tindakan tatatertib perlu dilaksanakan dengan segera sebelum tarikh kuat kuasa pekeliling. Urus setia LTT hendaklah memastikan Lembaga menimbang jenis hukuman yang bersesuaian dengan pegawai yang ditukar lantik ke gred yang lebih tinggi.
Hukuman tatertib yang dikenakan tersebut perlu dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan:
Ketua Jabatan boleh menawarkan surat tawaran opsyen apabila pegawai kembali bertugas tertakluk pegawai memnuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dan tidak dikenakan tindakan tatatertib buang kerja. Tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikannya adalah pada tarikh pegawai itu kembali hadir bertugas.
Bagi pegawai yang berada dalam skim perkhidmatan yang dijumudkan, pegawai akan kekal di skim perkhidmatan adalah secara KUP sehingga pegawai ditukar lantik.
Bagi pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib sebelum tarikh kuat kuasa pekeliling, tempoh tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat akan berkuatkuasa mulai tarikh hukuman dijatuhkan. Tempoh tidak layak dipertimbangkan kenaikan pangkat tersebut kekal dan bertertusan selepas tarikh kuat kuasa pekeliling sehingga tempoh berkenaan tamat.
Pegawai dibenarkan memilih untuk menunggu kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) terlebih dahulu sebelum ditukar lantik ke gred jawatan tukar lantik.
Tempoh untuk menunggu Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) adalah ditentukan oleh pegawai.
Pegawai boleh terus memohon tukar lantik selepas tidak berjaya Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) atau membuat rayuan untuk pertimbangan Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK).
Tarikh kuat kuasa tukar lantik adalah pada tarikh yang diluluskan oleh Ketua Jabatan.
Ya. Tempoh perkhidmatan pegawai di Gred 17 yang dipinda ke Gred 19 atau Gred 27 yang dipinda ke Gred 29 akan diambil kira bagi tujuan kenaikan pangkat secara TBBK tertakluk kepada memenuhi syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan di jawatan tukar lantik.
Urusan TBBK ini hanya terpakai kepada pegawai yang ditukar lantik ke gred lantikan sahaja. Bagi pegawai yang berada di gred kenaikan pangkat, urusan ke gred yang berikutnya adalah melalui urusan kenaikan pangkat dalam skim perkhidmatan yang berkenaan.
Semua urusan kenaikan pangkat hendaklah diselesaikan sebelum tawaran opsyen dikeluarkan.
Pegawai yang sedang memangku dan memenuhi syarat kenaikan pangkat dalam skim perkhidmatan yang berkenaan boleh dikecualikan syarat tempoh pemangkuan dan dipertimbangkan kenaikan pangkat sebelum tarikh kuat kuasa pekeliling.
Pegawai akan ditawarkan gaji permulaan di jawatan tukar lantik seperti berikut:
1. Pada amaun gaji minimum di gred jawatan tukar lantik sekiranya gaji baharu di JGMM baharu gred jawatan asal / gred jawatan yang dipinda adalah sama atau rendah daripada gaji minimum di gred jawatan tukar lantik; atau
2. Pada amaun gaji yang sama dengan amaun gaji baharu di JGMM baharu gred jawatan asal / gred jawatan yang dipinda jika gaji baharu tersebut lebih tinggi daripada gaji minimum di gred jawatan tukar lantik; atau
3. Pada amaun gaji permulaan kelayakan masuk yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan bagiu pegawai yang memiliki kelayakan berkenaan jika amaun gaji baharu di JGMM abaharu gred jawatan asal / gred jawatan yang dipinda adalah rendah daripada gaji permulaan di gred jawatan tukar lantik tersebut.
Jika tarikh lapor diri adalah pada atau selepas tarikh kuat kuasa pekeliling, Surat tawaran yang telah dikeluarkan terbatal dan pegawai akan diberikan tawaran semula berdasarkan skim baru yang berkuatkuaa (pegawai dengan kelayakan SPM). Pegawai yang mempunyai kelayakan STPM / sijil politeknik / diploma, agensi perlu merujuk kepada Bahagian Pembangunan Organisasi, JPA untuk pindaan waran perjawatan berdasarkan gred 29.
Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.
Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.
Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.
Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.
Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.
Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.