Kandungan sedang dimuatkan...

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Peneraju Pengurusan Sumber Manusia Sektor Awam yang Kompeten, Inovatif dan Berintegriti

Urusan Kenaikan Pangkat

Pegawai dibenarkan memilih untuk menunggu kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) terlebih dahulu sebelum ditukar lantik ke gred jawatan tukar lantik.

Tempoh untuk menunggu Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) adalah ditentukan oleh pegawai.

by Afendy Suraip
Was this helpful?

Pegawai boleh terus memohon tukar lantik selepas tidak berjaya Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) atau membuat rayuan untuk pertimbangan Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK).

Tarikh kuat kuasa tukar lantik adalah pada tarikh yang diluluskan oleh Ketua Jabatan.

by Afendy Suraip
Was this helpful?
  1. Kekananan pegawai yang ditukar lantik dikira mulai tarikh kuat kuasa pertukaran pelantikan.
  2. Walau bagaimanapun, bagi tujuan kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi selepas ditukar lantik, urus setia LKP hendaklah memastikan susunan pegawai adalah berdasarkan kekananan di gred sebelum tukar lantik dan memberikan keutamaan kepada pegawai yang lebih kanan.
by Afendy Suraip
Was this helpful?

Ya. Tempoh perkhidmatan pegawai di Gred 17 yang dipinda ke Gred 19 atau Gred 27 yang dipinda ke Gred 29 akan diambil kira bagi tujuan kenaikan pangkat secara TBBK tertakluk kepada memenuhi syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan di jawatan tukar lantik.

Urusan TBBK ini hanya terpakai kepada pegawai yang ditukar lantik ke gred lantikan sahaja. Bagi pegawai yang berada di gred kenaikan pangkat, urusan ke gred yang berikutnya adalah melalui urusan kenaikan pangkat dalam skim perkhidmatan yang berkenaan.

by Afendy Suraip
Was this helpful?

Semua urusan kenaikan pangkat hendaklah diselesaikan sebelum tawaran opsyen dikeluarkan.

Pegawai yang sedang memangku dan memenuhi syarat kenaikan pangkat dalam skim perkhidmatan yang berkenaan boleh dikecualikan syarat tempoh pemangkuan dan dipertimbangkan kenaikan pangkat sebelum tarikh kuat kuasa pekeliling.

by Afendy Suraip
Was this helpful?
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain