Selaras dengan Perutusan Khas YAB Perdana Menteri mengenai Covid-19 pada 16 Mac 2020, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.
Berikutan dengan itu, semua program anjuran Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) yang terlibat ditangguhkan dan diadakan pada tarikh yang akan ditentukan kemudian.