Kandungan sedang dimuatkan...

Perutusan Setiausaha Negeri Sabah Tahun 2021

datuksafarAssalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh & Salam Sejahtera.

Rakan-rakan yang dihormati,

Selamat Tahun Baru 2021 kepada semua rakan penjawat awam negeri Sabah. Saya merasa amat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana masih diberikan peluang untuk bersama-sama dengan keluarga meraikan tahun 2021. Saya turut berharap anda semua meraikan tahun baru ini dengan penuh rasa syukur dan gembira bersama keluarga. Tahun 2020 merupakan tahun mencabar kepada kita semua, di mana pandemik COVID-19 merupakan isu kesihatan yang dihadapi di seluruh dunia termasuk di Negeri Sabah. Ini merupakan satu cabaran dan peluang bagi kita dalam menangani krisis untuk mengimbangi keperluan ekonomi dan kesihatan serta dalam masa yang sama berusaha membendung penularan wabak COVID-19 di Sabah.

Lanskap sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat telah berubah. Rakyat menuntut penjawat awam untuk lebih cepat bertindak dan responsif bagi membuat sesuatu keputusan adalah amat tinggi berbanding sebelum ini.

Budaya Kerja dan Budaya Sosial perkhidmatan awam telah berubah dan memerlukan kita bertindak berpandukan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Pemakaian face mask, penjarakkan social, kerap membasuh tangan atau menggunakan hand sanitizer menjadi norma baharu kepada kita semua. Mesyuarat secara fizikal adalah tidak digalakkan dan pengiliran kerja serta kerja dari rumah (work from home) diamalkan. Saya amat bersyukur kerana kita telah menyediakan perancangan yang lebih awal memulakan inisiatif pendigitalan. Sejak 03 November 2019 sehingga 05 Disember 2020, kita mempunyai 106 bilangan aplikasi, yang mana 54 adalah merupakan aplikasi G2G. 10 adalah merupakan aplikasi G2B, 35 adalah merupakan aplikasi G2C, 4 adalah gabungan aplikasi G2G dan G2C, dan 3 adalah gabungan aplikasi G2B dan G2C.

Kerja Berpasukan (Team Work), Kebolehpercayaan (Trustworthiness). Kebertanggungjawaban (Responsibility), Komitmen (Commitment), Moral (Morale) dan Ketabahan (Perseverance) adalah kunci utama sebagai penjawat awam mengurus perubahan yang sedang berlaku di sekeliling kita. Sebagai tonggak utama pelaksana program-program pembangunan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan, kita hendaklah sentiasa bersedia berkhidmat dalam apa jua keadaan agar rakyat dan generasi akan datang dapat menikmati manfaatnya. Sempena hari pertama tahun 2021 ini, marilah kita bersama-sama melakukan perubahan yang lebih baik kepada prestasi penyampaian perkhidmatan berbanding sebelum ini berlandaskan kepada 5As iaitu Accessible by Anyone at Any time, Any Where, by Any Mobile Device.


Kecemerlangan akan terus menjadi keutamaan saya dan saya yakin anda juga akan melakukan perkara yang sama.



DATUK SERI PANGLIMA Sr. HAJI SAFAR B UNTONG, J.P.
Setiausaha Kerajaan Negeri
01 Januari 2021


Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Bersara
Bersara
Hari Jadi
Waktu Solat

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat

Kota Kinabalu,Ranau,Kota Belud,Tuaran,Penampang,Papar,Putatan,Bahagian Pantai Barat

25 Rabiul Akhir 1443
04:48
Imsak
04:58
Subuh
06:11
Syuruk
12:08
Zohor
15:30
Asar
18:02
Maghrib
19:16
Isyak

Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain