10 APR - Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin dan isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Norlidah Binti Datuk R.M. Jasni menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama lebih 3,500 jemaah di Masjid Negeri di sini pagi tadi.
TYT Tun dan isteri tiba di masjid pada jam 7.20 pagi dengan disambut oleh Yang Amat Berhormat, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.
Turut menyambut ketibaan YB Datuk Ir Shahelmey Yahya, Timbalan Ketua Menteri dan YB Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap Pengerusi Sambutan Hari Kebesaran Islam Negeri Sabah.
Hadir sama, YBhg. Sahibul Samahah Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz bin Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah dan YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri.
Solat diimamkan oleh Ustaz Suhaidi bin Kuanting, Imam Besar Masjid Negeri manakala khutbah bertajuk ‘Azam Lakukan Perubahan Capai Kemajuan’ disampaikan oleh YBhg. Datuk Mufti.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Sekian, terima kasih.
Foto & Laporan oleh Mohd Adam Eussoffefuddin, Pejabat Direktorat JPANS