Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah adalah diarah untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan tanpa gagal bermula pada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967 (Akta 344).
Sehubungan dengan itu, arahan ini wajib dipatuhi oleh setiap Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sabah supaya kekal berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenuhi keperluan-keperluan asas. Selain itu, amalkan penjarakan sosial (social distancing) dari orang sekeliling demi mengelak jangkitan COVID-19.
Sekian dan terima kasih.
" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH "
Saya yang menjalankan amanah,