Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Selaras dengan kenyataan media Setiausaha Kerajaan Negeri bertarikh 13 Mac 2020 mengenai langkah-langkah pengawalan wabak CoVID-19, semua penjawat awam Kerajaan Negeri diarahkan menangguhkan perjalanan ke luar negeri dan luar negara atas urusan rasmi atau peribadi.
3. Bagi anggota perkhidmatan awam Negeri yang telah mendapat kelulusan dan sedang bercuti dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan ke luar negeri dan luar negara. Bagi mereka yang sedang bercuti di luar negara diarahkan untuk menjalani pemeriksaan di hospital kerajaan terdekat dan menjalani "house quarantine" dengan serta merta seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sekembalinya ke Negeri Sabah.
4. Urusan rasmi Kerajaan di luar negeri dan luar negara adalah digalakkan melalui video conferencing atau saluran komunikasi digital yang bersesuaian.
5. Arahan ini hendaklah berkuatkuasa dengan SERTA-MERTA.
Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN BERSIH, CEKAP DAN AMANAH"
Saya yang menjalankan amanah,