Kandungan sedang dimuatkan...

Tanggungjawab Pegawai Awam Memelihara Imej dan Integriti Perkhidmatan Awam Semasa Menggunakan Kemudahan Media Sosial

jata negeri

Dalam usaha memanfaatkan media sosial untuk menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat, pegawai-pegawai Kerajaan adalah diperingatkan agar tidak terlibat dalam menyebarkan berita-berita atau maklumat yang tidak sah dan boleh menimbulkan kebimbangan kepada masyarakat.

Selaras dengan Peraturan 223 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008 (PPPANS 2008), pegawai-pegawai Kerajaan dilarang membuat pernyataan awam atau memberi pandangan negatif sama ada secara lisan, bertulis atau apa-apa cara lain termasuk menggunakan media sosial berhubung dengan apa-apa dasar, program atau keputusan Kerajaan.

Perbuatan sedemikian adalah bertentangan dengan tatakelakuan pegawai awam dan boleh diambil tindakan di bawah Bahagian V (Kelakuan dan Tatatertib) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah 2008.

Sekian.

" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "

 

( DATUK Sr. HAJI SAFAR BIN UNTONG, J.P.)
Setiausaha Kerajaan Negeri
 
03 APRIL 2020
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain