Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
Rasionalisasi ini adalah untuk memperkemaskan pengurusan skim perkhidmatan bagi menarik dan mengekal modal insan terbaik, mewujudkan fleksibiliti dalam urusan perkhidmatan, menambah baik mobiliti dan kemajuan kerjaya dan mengemas kini syarat lantikan supaya relevan dengan keperluan semasa. Urusan rasionalisasi ini juga bertujuan untuk memperluaskan peluang pemegang kelayakan kemahiran untuk berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam dengan memasukkan kelayakan pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam skim perkhidmatan tertentu. Hasil kajian menyeluruh terhadap kesemua 252 skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa, terdapat skim-skim perkhidmatan yang ditambah baik, dijumud dan dimansuhkan. Terdapat juga skim perkhidmatan yang dikekalkan kerana masih relevan dan menepati keperluan perkhidmatan. Ini menjadikan jumlah skim perkhidmatan pada tarikh kuat kuasa Pekeliling Perkhidmatan ini adalah sebanyak 240 skim perkhidmatan.
Pekeliling Perkhidmatan Negeri Sabah Bilangan 7/2016 : Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
Senarai Lampiran
Klasifikasi Skim Perkhidmatan
- Klasifikasi Perkhidmatan Pengangkutan A
- Klasifikasi Perkhidmatan Bakat dan Seni B
- Klasifikasi Perkhidmatan Sains C
- Klasifikasi Perkhidmatan Pendidikan D
- Klasifikasi Perkhidmatan Ekonomi E
- Klasifikasi Perkhidmatan Sistem Maklumat F
- Klasifikasi Perkhidmatan Pertanian G
- Klasifikasi Perkhidmatan Kemahiran H
- Klasifikasi Perkhidmatan Kejuruteraan J
- Klasifikasi Perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam K
- Klasifikasi Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman L
- Klasifikasi Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik M
- Klasifikasi Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan N
- Klasifikasi Perkhidmatan Penyelidikan dan Pembangunan Q
- Klasifikasi Perkhidmatan Sosial S
- Klasifikasi Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan U
- Klasifikasi Perkhidmatan Kewangan W