Group

Bahagian Saraan

Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah bertanggungjawab dalam hal ehwal saraan yang berkaitan langsung dengan setiap pegawai awam dan organisasi kerajaan negeri khususnya dalam bidang-bidang yang merangkumi gaji, elaun, rawatan perubatan, pencen, kemudahan perumahan dan Majlis Bersama Jabatan (MBJ).


Objektif

Memastikan Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri menikmati sistem saraan selaras dengan dasar-dasar Kerajaan

Piagam Pelanggan Bahagian Saraan

Bahagian Saraan berusaha untuk menyampaikan keputusan (dalam jumlah bulan pada hari bekerja) bagi urusan-urusan berikut:

1Permohonan rawatan perubatan di hospital swasta dan luar Negeri Sabah7Permohonan pembelian alat otopedik dan ubat-ubatan7Permohonan pembayaran Gantian Cuti Rehat (GCR)3Permohonan persaraan atas pilihan sendiri - mengemukakan perakuan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk keputusan7Permohonan pelbagai elaun3Permohonan persaraan atas pilihan sendiri - menyampaikan keputusan selepas fail diterima dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
×

Piagam Tertakluk kepada Hari Bekerja

Pematuhan kepada piagam pelanggan ini adalah tertakluk kepada hari bekerja. Sekiranya anda mengalami kelewatan urusan yang dinyatakan, sila berhubung kepada kami untuk tindakan dan maklumat lanjut melalui saluran-saluran yang disediakan di bawah.

Direktori Bahagian Saraan

Dikemaskini pada 14 Mac 2018
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah