Kandungan sedang dimuatkan...

𝘚𝘦𝘴𝘪 𝘓𝘪𝘣𝘢𝘵 𝘜𝘳𝘶𝘴 𝘥𝘢𝘯 𝘓𝘢𝘸𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘒𝘦𝘳𝘫𝘢 𝘑𝘗𝘈𝘕𝘚 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘑𝘢𝘣𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘈𝘪𝘳 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘚𝘢𝘣𝘢𝘩 𝘥𝘪 𝘓𝘰𝘫𝘪 𝘙𝘢𝘸𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘈𝘪𝘳 𝘚𝘦𝘨𝘢𝘭𝘪𝘶𝘥, 𝘚𝘢𝘯𝘥𝘢𝘬𝘢𝘯

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya.

9 JUL - Sesi Libat Urus dan Lawatan Kerja Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah bersama Jabatan Air Negeri Sabah telah diadakan pada 04 Julai 2024 di Loji Rawatan Air Segaliud, Sandakan.

Sesi ini telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri. Objektif lawatan kerja ini adalah untuk mendengar isu-isu yang dihadapi di Loji-Loji Rawatan Air dan memahani secara mendalam proses kerja serta keperluan sebenar Jabatan. Taklimat juga telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Hj. Suhaimi bin Hj. Asbullah, Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah.

Turut hadir sama, Puan Hajah Junaidah Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Nekmah Abdullah, Pengarah Pembangunan Organisasi dan Puan Aidah Awang, Pengarah Perkhidmatan Awam serta pegawai-pegawai Bahagian Pembangunan Organisasi dan Bahagian Perkhidmatan Awam.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain