Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya
10 Nov - Seminar Kualiti dan Inovasi 2025: Memperkasa Tadbir Urus Baik, dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) melalui Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN), telah berlangsung dengan jayanya hari ini di The Pacific Sutera Hotel, Kota Kinabalu, bertujuan memperkukuh sistem tadbir urus dan membudayakan kecemerlangan di sektor awam dan universiti.
Seminar dimulakan dengan perasmian oleh YBrs. Encik Luqman Ridha Anwar (Pendaftar, UMS), diikuti dengan Ucap Utama oleh Cik Norti HJ. Sirin (Pengarah Bahagian Perkhidmatan Akademik, UMS) dan Puan Celestina Aron (Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), JPANS). Sesi perkongsian turut menampilkan Dr. Aminah Ahmad (Pengurus Kanan Kewangan & Jaminan Hasil, Audit Korporat, dan Sabah Electricity Sdn. Bhd.), Encik Muhammad Sukri Umar (wakil daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah), dan Ir. Ts. Gs. Agus Irawan Hasanudin (Chief Technical & Engineering Officer (CTEQ) Medbis Sdn Bhd).
Sesi petang menampilkan forum bertema "Inovasi dan Kualiti: Teras Tadbir Urus Cemerlang," yang dipengerusikan oleh Encik Mohamad Edrus Othman C.A (M) (Timb. Pengarah, Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf (CIEW), UMS), dengan panel terdiri daripada Puan Faradillah Haji Abd. Rani (Timb. Ketua Pengarah, Sektor Khidmat Pengurusan (DBKK)), Ts. Suherman Andi Tunru (Pengerusi Pertubuhan Komuniti Teknik dan Vokasional Sabah (SATVOC)), dan Dr. Nurul Aini Fitria Kaliwon (Pegawai Veterina Kanan, Fakulti Pertaian Lestari).
Turut hadir, Puan Fridah binti Ramli (Pegarah Bahagian Khidmat Pengurusan), Puan Herlina binti Makanah (Pengarah Governan dan Korporat), dan Puan Zarina binti Mustafa (Ketua Penolong Pengarah Kanan (INSAN) serta pegawai-pegawai dan kakitangan awam negeri Sabah.