Kandungan sedang dimuatkan...

๐˜—๐˜ณ๐˜ฐ๐˜จ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜š๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ณ ๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜“๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฑ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜๐˜ช๐˜จ๐˜ฉ ๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ง๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ ๐˜–๐˜ณ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ช๐˜ป๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ

16 OKT โ€“ Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) telah menganjurkan Program Seminar on Leadership and High Performance Organization bertempat di Shangri-la Tg. Aru pada 7 Oktober, lepas.

Bertemakan โ€œLead Inside, Win Outside: Building High-Performance Organizations through Inner Leadershipโ€ seminar ini direka khas untuk melengkapkan pemimpin terutamanya pengurusan bawah dan pertengahan yang berperanan sebagai penghubung penting antara strategi dan pelaksanaan dengan pemikiran (mindest), alat (tools), dan amalan (practices) untuk memacu hasil transformasi.

Melalui program ini, peserta dapat memahami bagaimana penguasaan dunia dalaman dapat memberi kesan langsung terhadap hasil luaran, mencipta kesan berganda yang memperkukuh budaya organisasi, produktiviti, dan impak jangka panjang.

Antara objektif program, termasuklah untuk menguasai kepimpinan dalaman sebagai asas kecemerlangan, membantu peserta memahami dan menguasai prinsip kepimpinan dalaman untuk memimpin dengan kejelasan, keikhlasan, dan pengaruh yang lebih bermakna, enyelaraskan nilai peribadi dengan visi organisasi, memperkasa peserta untuk mengenal pasti nilai, tujuan, dan keutamaan diri lalu menyelaraskannya dengan matlamat strategik organisasi, serta memperkasa peserta untuk membuat keputusan kepimpinan yang bijak, beretika, dan berorientasikan hasil transformasi jangka panjang.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Puan Celestina Aron, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan).

Turut hadir, Puan Zarina binti Mustafa, Ketua Penolong Pengarah Kanan (INSAN) merangkap Timbalan Pengerusi Penganjur sekaligus menyampaikan ucapan aluan mewakili Pengarah INSAN.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain