23 OKT- Persidangan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Peringkat Negeri Sabah Tahun 2025 anjuran Bahagian Saraan Dan Pencen telah berlangsung di The Pacific Sutera Hotel, Kota Kinabalu.
Persidangan ini diadakan untuk memberikan pengiktirafan kepada agensi yang menunjukkan kecemerlangan Dan komitmen dalam pelaksanaan MBJ.
Persidangan dimulakan dengan sesi perkongsian oleh encik Ak Mohd Akmal Hirzi bin Ak Tuah dari Bahagian Saraan dan Pencen dengan tajuk Pengurusan Dan Pelaksanaan MBJ disusuli sesi soal jawab.
Dihadiri seramai 221 peserta, persidangan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri.
Sekian, terima kasih


