6 OKT - Bengkel Perintis Sistem eRawatan yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) melalui Bahagian Saraan dan Pencen yang bertempatkan di Bilik Latihan, Tingkat 12, JPANS pada 2 Oktober 2025 (Khamis), lepas.
Terdapat 6 jabatan yang terpilih sebagai perintis penggunaan Sistem eRawatan iaitu, Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Pertanian, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pelabuhan dan Dermaga, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, dan Jabatan Tanah dan Ukur.
Bengkel ini dimulakan dengan sesi taklimat ringkas tentang SM2 oleh Puan Shariffah Fauziah binti Jap daripada Bahagian Perkhidmatan Awam dan diikuti dengan perkongsian mengenai Kemudahan Rawatan oleh Puan Shirley Bonnie M. Hunggim daripada Unit Rawatan (Bahagian Saraan dan Pencen). Puan Aziema Abdurahman daripada Jabatan Komputer Negeri Sabah telah memberikan penerangan teknikal terhadap sistem tersebut.
Bagi sesi petang pula, peserta telah menjalani latihan hands-on bagi mengaplikasikan penggunaan Sistem eRawatan secara langsung.
Bengkel ini dianjurkan untuk memberi pendedahaan mengenai penggunaan Sistem eRawatan serta mengenal pasti ruang penambahbaikan bagi pelaksanaan menyeluruh pada masa akan datang.
Majlis penutupan dan penyerahan sijil kepada peserta telah disempurnakan oleh Puan Aidah Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPANS, bersama Encik Rozhan Zul Azri Bin Talikop, Pengarah Bahagian Saraan dan Pencen.
Sekian, terima kasih.


