29 Okt - Persidangan High Performance Economic Leadership Conference 2025 (HiPEL25) telah diadakan dengan jayanya di The Magellan Sutera Resort, Kota Kinabalu pada Selasa (28 Okt).
Persidangan anjuran Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) yang bertemakan “Blueprint: for Prosperity: Strategic Leadership in an Evolving Economy” ini telah dihadiri seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada pegawai awam kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Pengurusan Tertinggi daripada pelbagai kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan Negeri, Persekutuan serta Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.
Antara lain objektif persidangan ini adalah untuk memperkasa kepimpinan strategik dalam kalangan pemimpin perkhidmatan awam bagi memperkukuh daya saing ekonomi negeri dan negara dengan strategi berwawasan, pemikiran inovatif, dan rangka kerja kolaboratif yang diperlukan untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan dan inklusif dalam era transformasi pesat.
Membuka acara persidangan ini, dua sesi ceramah berkaitan dengan pemerkasaan ekonomi oleh cendekiawan ekonomi ternama, Dr Firdausi bin Suffian, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sabah Berhad dan YB Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA).
Seterusnya acara diisi dengan sesi forum bersama dua panel, YBhg. Datuk Dr Jamili Nais, Setiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah dan YBhg. Datuk George Taitim Tulas, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Credit Corporation (SCC) yang dikemudikan oleh moderator terkenal, Ben Uzair.
Majlis penutupan disempurnakan oleh Puan Celestina Aron, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pembangunan) bagi mewakili YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri.
Sekian, terima kasih


