Kandungan sedang dimuatkan...

Visi, Misi, Nilai Bersama dan Dasar Kualiti

Visi, Misi, Nilai Bersama dan Dasar Kualiti Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Visi Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Menjadikan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Organisasi Berprestasi Tinggi

Misi Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Menggerakkan modal insan dan organisasi untuk mencapai prestasi tertinggi melalui :

Organisasi Berprestasi Tinggi / High Performance Organization (HPO)
Membangun dan meningkatkan budaya berprestasi tinggi organisasi
Menginstitusikan Sistem Kerja berprestasi tinggi dalam Perkhidmatan Awam Negeri
Sumber Manusia Masa Depan (Future Human Resource)
Pengurusan sumber manusia beraspirasikan masa depan
Melengkapi keperluan modal insan masa depan
Kerajaan Digital (Digital Government)
Penyampaian perkhidmatan terbaik menerusi perkhidmatan digital
Menyediakan perkhidmatan digital untuk menyampaikan perkhidmatan terbaik
Kesejahteraan Menyeluruh (Total Wellbeing)
Pendekatan kesejahteraan pegawai perkhidmatan awam secara holistik
Menjajarkan kesejahteraan perkhidmatan awam melalui pendekatan holistik yang menekankan keseimbangan kesihatan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan jiwa (3K) pegawai perkhidmatan awam.
 

Nilai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Nilai bersama atau 'shared values' yang diterapkan dalam budaya Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri adalah berpaksikan akronim "C.A.R.E" yang membawa maksud 'citizen-centric', 'action-oriented', 'respect' dan 'empower'
CARE
C
CITIZEN-CENTRIC

Merakyatkan Perkhidmatan
Memberikan perkhidmatan terbaik melalui pemerkasaan inovasi, keterbukaan perkhidmatan awam dan keterlibatan strategik bersama rakyat
A
ACTION-ORIENTED

Berorientasi Keberhasilan
Mengamalkan budaya kesegeraan dan keberhasilan dalam menjayakan program berimpak tinggi
R
RESPECT
Berkhidmat dengan Hormat
Memuliakan perkhidmatan awam melalui pendekatan yang iklusif, berintegriti dan berempati
E
EMPOWER
Mengupayakan Perkhidmatan Awam
Memberi kepercayaan untuk mewujudkan semangat kekitaan dan kesetiaan

Dasar Kualiti Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah komited kepada pengurusan dan pembangunan sumber manusia yang kompeten, inovatif dan berintegriti dalam melaksanakan keperluan sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2015 dengan penambahbaikan secara berterusan bagi mencapai kepuasan pelanggan.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain