Teras 2: Future HR

Teras kedua dalam Pelan Strategik Perkhidmatan Awam Negeri Sabah 2018-2022 pula berpaksikan tema Future Human Resource: Melengkapkan Keperluan Insan Masa Depan. Penetapan teras atau core planning ini menjurus kepada pengurusan sumber manusia yang lebih berkesan dan pintar disamping memastikan keperluan tenaga kerja serta kemahiran bagi perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan dapat diurus tadbir dengan baik.

Antara perancangan utama (Master Plan) yang telah dirancang adalah untuk menambah baik serta menyulamkan elemen inovasi dalam pengurusan perkhidmatan awam seperti berikut:
  1. Pelan Pembangunan Kerjaya Mampan;
  2. Inisiatif LDP Hi-Impak (Latihan Dalam Perkhidmatan Berimpak Tinggi)
  3. Penambah baikan dan pembangunan Sistem Sumber Manusia berasaskan Teknologi Pintar
Rancangan Induk (Master Plan) 1: Pelan Pembangunan Kerjaya Mampan
Pelan Pembangunan Kerjaya merupakan rancangan induk yang memetakan hala tuju dan keperluan pegawai dengan mengambil kira kompetensi, pembangunan bakat, impak dan sumbangan, pengalaman, kepakaran serta ciri-ciri peribadi yang unggul.

Pelan Pembangunan Kerjaya
Melalui Pelan Pembangunan Kerjaya yang dirangka ini, seseorang pegawai perkhidmatan awam akan mengalami empat (4) fasa pembangunan yang merangkumi fasa-fasa berikut:
  1. Fasa 1: Awal Perkhidmatan
  2. Fasa 2: Penempatan
  3. Fasa 3: Penilaian
  4. Fasa 4: Peningkatan
 Fasa-Fasa Pembangunan Kerjaya Pegawai Perkhidmatan Awam
Fasa 1: Awal Perkhidmatan Fasa 2: Penempatan Fasa 3: Penilaian Fasa 4: Peningkatan
Pegawai akan menjalani program induksi serta pementoran dengan memanfaatkan sumber dan kepakaran organisasi. Dengan memfokuskan pembangunan kompetensi dan professionalisma, ia dapat menjamin prestasi pegawai perkhidmatan awam negeri yang cemerlang dan berprestasi tinggi. Penempatan Pegawai secara strategik mengikut kesesuaian, kelebihan dan minat disamping pendedahan terhadap skop dan bidang tugas yang pelbagai dalam tempoh masa yang tertentu. Prestasi pegawai dinilai melalui Pusat Penilaian Kompetensi berdasarkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan keperibadian berdasarkan Modul Kompentensi yang bersesuaian.  Pegawai yang dikenal pasti berprestasi tinggi menikmati kemajuan kerjaya ideal atau kerjaya pantas (fast track).


Rancangan Induk (Master Plan) 2: LDP Hi-Impak
Menerusi rancangan induk kedua ini, pemantapan ilmu serta kemahiran pegawai perkhidmatan awam negeri dititik beratkan dengan nilai-nilai teras Latihan Dalam Perkhidmatan Berimpak Tinggi iaitu (1) pengetahuan baharu, (2) pendedahan serta (3) perkongsian. Antara program-program yang dirangka untuk menyokong kepada pelaksanaan LDP Hi-Impak ini merangkumi program-program seperti:
  1. Pelan Operasi Latihan
  2. Hadiah Latihan
  3. E-Pembelajaran
LDP Hi Impak
Rancangan Induk (Master Plan) 3: Sistem Sumber Manusia Berteknologi Tinggi (High-Tech HR)
Rancangan induk ketiga (3) bagi Teras 2 pula merupakan satu asas kepada pemerkasaan semula dan integrasi menyeluruh sistem sumber manusia sedia ada (SM2) untuk memastikan sistem sumber manusia yang berteknologi tinggi dan memenuhi keperluan kini dan masa hadapan. Pelaksanaan sistem sumber manusia berteknologi tinggi (High-Tech HR) ini akan membolehkan pengurusan sumber manusia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, pantas dan menyeluruh disamping membolehkan pembuat-pembuat keputusan (decision makers) mendapat maklumat serta gambaran sebenar implikasi dan pemetaan sebenar sesuatu perancangan sekiranya dilaksanakan kepada lanskap perkhidmatan awam negeri secara virtual.

Pemerkasaan sistem maklumat pegawai perkhidmatan awam yang baharu ini bakal membawa perubahan besar bukan sahaja kepada pegawai perkhidmatan awam negeri malahan kepada seluruh pengurus sumber manusia untuk mendapatkan maklumat dengan hanya satu 'tap' atau klik pada peranti mereka.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah