Bahagian Perkhidmatan

Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah terdiri daripada beberapa unit yang terdiri daripada Unit Pengurusan Bakat dan Prestasi, Unit Pengurusan Kerjaya, Unit Kemajuan Kerjaya, dan Unit Maklumat Sumber Manusia.

Bahagian ini berfungsi sebagai perancang, pengurus dan pelaksana kepada urusan yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia penjawat awam negeri secara strategik dan berkesan. Serta menyelaras urusan perkhidmatan yang melibatkan anggota kakitangan gunasama negeri (Skim N) di Kementerian / Jabatan / Pejabat Daerah dan Pejabat Daerah.


Unit-Unit di Bahagian Perkhidmatan


  • Pejabat Ketua Bahagian

    Tugas utama:
    1. Menggariskan dasar, kriteria, strategi dan pendekatan yang sesuai dalam membuat keputusan untuk memenuhi dan memastikan keperluan pegawai di agensi negeri khususnya pegawai dalam perkhidmatan gunasama (N)

    2. Merancang dan menganalisa keperluan dan menyediakan pelan strategik pengurusan sumber manusia Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

    3. Bertanggungjawab menyediakan pelan penggantian Pegawai Perkhidmatan gunasama (N) Negeri.

    4. Menerajui usaha meningkatkan budaya berfikir secara kritis dalam tugas harian di Bahagian Perkhidmatan

    5. Membangunkan operasi kerja yang optimum untuk memantapkan dan meningkatkan kelancaran, kecekapan dan keberkesanan operasi Bahagian Perkhidmatan.

    Bil.   Nama Jawatan Singkatan Talian Alamat E-mel
    01 Wanita Hajah Junaidah binti Abdul Hamid
    Ketua Penolong Pengarah
    KPP(K)  088 368737 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    02 Wanita Nooraini binti Mildad Penolong Pengarah
    PP1(K) 088 368739 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    03 Wanita Nuramnanie Sheera binti Kolorence Pembantu Setiausaha Pejabat PA KPP(K) 088 368738 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Unit Pengurusan Bakat dan Prestasi

    Tugas utama:
    1. Memantau pengemaskinian dan kualiti Penilaian Prestasi pegawai Perkhidmatan Awam.

    2. Menyelaras fungsi dan peranan Pengurus Sumber Manusia di Kementerian/Jabatan/Agensi berkaitan Sistem Pengurusan Prestasi

    3. Membuat kajian semula terhadap Senarai Tugas, Deskripsi Tugas, Sasaran Kerja Tahunan, Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator) pegawai Perkhidmatan Awam Negeri

    4. Menyelaras dan memantau pelaksanaan Dasar Pemisah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah

    5. Melaksanakan tapisan, pemilihan dan pelantikan pegawai Skim Sangkutan dan Latihan (SSL)

    6. Menyemak, mengkaji dan membangunkan modul latihan Skim Sangkutan dan Latihan setiap tahun

    7. Menyelaras, memantau dan melaksanakan program/kursus/latihan SSL berdasarkan modul latihan yang disediakan

    8. Bertanggungjawab melonjakkan peluang kerjaya bakat-bakat dari SSL melalui rangkaian perhubungan strategik bersama Badan Berkanun, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan badan korporat

    9. Bertanggungjawab menyelaras dan melaksanakan penjejakan bakat Perkhidmatan Awam Negeri.

    Bil.   Nama Jawatan Singkatan Talian Alamat E-mel
    01 Lelaki Mohd. Asril bin Sharil Penolong Pengarah PP2(K) 088 368741 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    02 Lelaki Joses Kodoh Penolong Pegawai Tadbir PPT(K)6 088 368750 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Unit Pengurusan Kerjaya

    Tugas utama:
    1. Menguatkuasakan peraturan perkhidmatan pegawai perkhidmatan awam negeri dalam urusan pelanjutan pelantikan (sementara) / pelanjutan tempoh percubaan / penyerapan ke jawatan tetap / pengesahan jawatan / pemberian taraf berpencen / pelanjutan pelantikan memangku / pelantikan pegawai sedang berkhidmat / menanggung kerja dan mengkaji atau menambahbaik peraturan yang berkaitan.

    2. Perancangan pengisian jawatan gunasama negeri (N) berdasarkan keperluan;

    3. Memproses dan mengkaji permohonan tuntutan elaun menanggung kerja dan elaun pertukaran;

    4. Pelantikan memangku untuk pegawai yang melapor diri bertugas dan pemendekan pelantikan memangku bagi pegawai yang dinaikkan pangkat;

    5. Memproses pemberian opsyen perkhidmatan berdasarkan peraturan yang berkuatkuasa;

    6. Urusan peletakan jawatan kakitangan Perkhidmatan Awam Negeri.

    Bil.   Nama Jawatan Singkatan Talian Alamat E-mel
    01 Lelaki Nazri bin Marin
    Penolong Pengarah
    PP3(K) 088 368742 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    02 Wanita Faridah binti Idris
    Penolong Pegawai Tadbir
    PPT(K)2 088 368746 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    03 Wanita Sutynah binti Awang Ahmad Penolong Pegawai Tadbir PPT(K)3 088 368747 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    04 Wanita Hasima binti Aman Penolong Pegawai Tadbir PPT(K)7 088 368751 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Unit Kemajuan Kerjaya

    Tugas utama:
    1. Urus Setia Kenaikan pangkat Pegawai Perkhidmatan gunasama (N) Negeri.

    2. Bertanggungjawab menyediakan Pelan Penggantian Pegawai Perkhidmatan gunasama (N) Negeri.
      Memproses pertukaran pegawai bagi permohonan pertukaran atas permintaan sendiri.

    3. Memproses penempatan selaras job rotation (penggiliran kerja) bagi Pegawai Perkhidmatan gunasama (N) Negeri.

    4. Urus setia Libat Urus Sumber Manusia (LUSM) Perkhidmatan Awam Negeri Sabah.

    Bil.   Nama Jawatan Singkatan Talian Alamat E-mel
    01 Wanita Siti Zarith Sofia binti Ag. Mohd. Hussin
    Penolong Pengarah
    PP4(K) 088 368743 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    02 Wanita Rafidah binti Raplee Penolong Pegawai Tadbir
    PPT(K)1 088 368745 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    03 Wanita Resiah binti Aneh Penolong Pegawai Tadbir PPT(K)4 088 368748 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    05 Wanita Noor Intan binti Basar Penolong Pegawai Tadbir PPT(K)8 088 368752 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Unit Maklumat Sumber Manusia

    Tugas utama:
    1. Mengemaskini sistem pangkalan data (perjawatan) selaras dengan anggaran emolumen tahunan.

    2. Mengemaskini maklumat pegawai perkhidmatan awam negeri sistem pangkalan data (personel).

    3. Menyediakan CV anggota perkhidmatan awam negeri sabah.

    4. Membekalkan data/menyediakan senarai kekosongan jawatan dan senarai nama perkhidmatan awam negeri kepada stakeholders/unit/bahagian/agensi berdasarkan rekod maklumat sumber manusia.

    5. Bertanggungjawab memantau pengemaskinian sistem maklumat sumber manusia (SM2) termasuk profail perjawatan semua agensi negeri.

    Bil.   Nama Jawatan Singkatan Talian Alamat E-mel
    01 Lelaki Zubaidi bin Asmin
    Penolong Pengarah
    PP5(K) 088 368744 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    02 Wanita Flavia Oyom
    Penolong Pegawai Tadbir
    PPT(K)5 088 368749 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    03 Wanita Zuriah Awang Penolong Pegawai Tadbir PPT(K)9 088 368753 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Pentadbiran Am

    Tugas utama:
    1. Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di pejabat Bahagian Perkhidmatan berjalan lancar seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail.

    2. Melaksanakan tugas-tugas dari masa ke semasa

    Bil.   Nama Jawatan Singkatan Talian Alamat E-mel
    01 Wanita Bathinnie Dussek Kula
    Ketua Kerani
    KB(K) 088 368636 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    02 Wanita Zurainah binti Haji Gusmiah
    Pembantu Tadbir
    PT(K)1 088 368637 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    03 Wanita Jacintha Moinjil Pembantu Tadbir PT(K)2 088 368638 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    04 Lelaki Ronald Beti Pembantu Tadbir PT(K)3 088 368639 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
    05 Lelaki Marius Tatu Pembantu Operasi PO(K)1 088 249858 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Dikemaskini pada 17 November 2019
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah