Kandungan sedang dimuatkan...

𝘗𝘳𝘰𝘨𝘳𝘢𝘮 𝘖𝘶𝘵𝘳𝘦𝘢𝘤𝘩 𝘑𝘢𝘣𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘳𝘬𝘩𝘪𝘥𝘮𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘈𝘸𝘢𝘮 𝘕𝘦𝘨𝘦𝘳𝘪 𝘡𝘰𝘯 𝘚𝘢𝘯𝘥𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘛𝘢𝘩𝘶𝘯 2024

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya

4 JUL - Bahagian Saraan dan Pencen (BS&P) telah menganjurkan Program Outreach Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Zon Sandakan Tahun 2024, tadi.

Bertempat di Auditorium Jabatan Perhutanan Sandakan, program yang berlangsung dengan jayanya ini telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri sekaligus menyampaikan amanat kepada semua penjawat awam yang hadir.

Sebelum klinik konsultasi dibuka, Sesi ceramah berkaitan i-Saraan juga telah disampaikan oleh pihak KWSP Cawangan Sandakan.

Objektif penganjuran program outreach ialah memberi penjelasan berkaitan dasar-dasar kerajaan dan nasihat kepada penjawat awam melalui amanat yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Perkhidamatan Awam Negeri.

Di samping, menyediakan satu platform kepada semua penjawat awam negeri untuk mendapatkan penjelasan pelbagai perkara berkaitan perkhidmatan secara terus kepada pegawai mengurus dalam JPAN.

BS&P menyediakan kaunter klinik konsultasi bagi memberi ruang dan peluang kepada penjawat awam yang hadir untuk bertanya hal-hal yang berkaitan dengan perkhidmatan, jawatan, kemudahan yang ada dalam PPPANS 2008 dan MBJ Negeri.

Kaunter yang disediakan ialah : Perkhidmatan, Persaraan dan Cuti, Rawatan, Elaun dan Gaji, Kemudahan, SPANS, BLDP, BPO dan KWSP.

Seramai 25 agensi kerajaan di daerah Sandakan telah dijemput.

Turut hadir, Puan Hajah Junaidah Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pengurusan, Encik Rozhan Zul Azri Talikop, Pengarah Bahagian Saraan dan Pencen, Puan Aidah Hj Awang, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam, Puan Nekmah binti Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi dan Puan Salina Muhamad Noor, Pengarah Bahagian Pembangunan Kapasiti.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain