Kandungan sedang dimuatkan...

𝘚𝘦𝘴𝘪 𝘓𝘪𝘣𝘢𝘵 𝘜𝘳𝘶𝘴 𝘚𝘵𝘳𝘢𝘵𝘦𝘨𝘪𝘬 (𝘓𝘜𝘚) 𝘬𝘦 𝘔𝘢𝘫𝘭𝘪𝘴 𝘗𝘦𝘳𝘣𝘢𝘯𝘥𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘚𝘢𝘯𝘥𝘢𝘬𝘢𝘯

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya.

5 JUL - Sesi Libat Urus Strategik (LUS) ke Majlis Perbandaran Sandakan yang diketuai oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri bersama Bahagian Pembangunan Organisasi dan Bahagian Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah pada 4 Julai 2024.

Tujuan Libat Urus Strategik ini adalah untuk memperkasakan perkhidmatan Awam dan memahami dengan lebih komprehensif keperluan pihak berkuasa tempatan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri.

Semasa sesi libat Urus strategik tersebut, Pegawai Kanan MPS telah menyampaikan taklimat berkenaan dengan hala tuju dan juga isu-isu perjawatan yang dihadapi oleh MPS.

Rombongan Ybhg Datuk ke Sesi Libat Urus tersebut telah disambut oleh Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Tuan Henry Idol, Timbalan Presiden Tuan Wilson @ Terence . Thomas dan pegawai-pegawai kanan Majlis Perbandaran Sandakan.

Turut hadir sama, Puan Hajah Junaidah Abd Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Nekmah binti Abdullah Pengarah Pembangunan Organisasi, Puan Aidah binti Awang, Pengarah Perkhidmatan Awam, Puan Maznah Maun Ketua Penolong Pengarah Perkhidmatan Awam dan beberapa orang urusetia terlibat dari BPO dan BPA.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain