Kandungan sedang dimuatkan...

𝘚𝘦𝘴𝘪 𝘓𝘪𝘣𝘢𝘵 𝘜𝘳𝘶𝘴 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘑𝘢𝘣𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘭𝘢𝘣𝘶𝘩𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘋𝘦𝘳𝘮𝘢𝘨𝘢 𝘚𝘢𝘣𝘢𝘩 (𝘑𝘗𝘋𝘚)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya

20 MAC - Sesi Libat Urus Strategik Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) bersama Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS) telah diadakan pada 18 Mac 2024 (Isnin) bertempat di Ibu Pejabat JPDS, W.P. Labuan.

Rombongan yang diketuai oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri (KPPAN) sebelum itu telah dibawa melawat Labuhan Kapal Tersadai (Lay-Up Anchorage), Teluk Brunei bagi melihat salah satu fungsi utama jabatan iaitu menyediakan perkhidmatan untuk kawasan labuhan bagi kapal-kapal yang tidak beroperasi.

Pada sebelah petang, rombongan turut diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa bersama semua kakitangan Ibu Pejabat Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah.

Turut hadir bersama, Tuan Maswandie Maimoon, Pengarah Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah, Puan Nekmah Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Organisasi, dan Puan Aidah Awang, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam.

Sekian, terima kasih.
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain