Dalam memastikan organisasi yang kompeten, inovatif dan berintegriti, pensijilan luar terutamanya dalam perkhidmatan yang kritikal adalah amat perlu bagi sesebuah organisasi.
Oleh yang demikian, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah akan melaksanakan peningkatan versi pensijilan ke versi MS ISO 9001:2015 (Standard Antarabangsa), lanjutan dari versi pada masa ini iaitu MS ISO 9001:2008 (Standard Kebangsaan).
Peningkatan ini akan memberi impak yang positif kepada semua pihak berkepentingan (stakeholders) organisasi disamping membudayakan budaya kerja yang cemerlang, cekap dan pantas. Berikut ialah maklumat ringkas mengenai pensijilan MS ISO 9001:2015 yang perlu anda tahu:
Skop Standard | Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) |
Apakah maksud pensijilan ini ke atas standard organisasi? | Organisasi yang dipersijilkan melalui QMS ini membawa maksud bahawa organisasi tersebut telah membentuk pendekatan sistematik untuk meningkatkan kualiti dengan memastikan produk atau perkhidmatan mereka menepati keperluan pelanggan. Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud hasil produk atau perkhidmatan yang dihasilkan adalah menepati kualiti standard. Ia membawa maksud bahawa produk atau perkhidmatan yang dihasilkan telah melalui proses-proses yang telah menitikberatkan aspek kualiti yang telah digariskan dalam standard ini. |
Apakah standard yang digunakan? | Standard Kebangsaan MS ISO 9001:2008 – Quality Management Systems – Keperluan (SEMAKAN PERTAMA) (ISO 9001:2008, IDT) atau MS ISO 9001:2008 – Sistem Pengurusan Kualiti – Keperluan (SEMAKAN PERTAMA) (ISO 9001:2008, IDT) atau Standard Antarabangsa ISO 9001:2015 - Quality Management Systems – Requirements |
Kitaran pensijilan? | |
Kebaikan Pensijilan? |
|
Disediakan oleh Webmaster, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah