Kandungan sedang dimuatkan...

Biasiswa Pegawai Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2020

Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memastikan pegawai kerajaan yang berpotensi di Kementerian/Jabatan/Pejabat Daerah berpeluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi di dalam dan luar negara,  Biasiswa Pegawai Kerajaan Negeri Sabah bagi Tahun 2020 kini dibuka dan ditawarkan kepada semua pegawai kerajaan Negeri Sabah.

Pegawai Kerajaan Negeri Sabah yang layak adalah dipelawa untuk memohon Biasiswa Pegawai Kerajaan Negeri Sabah untuk mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah di institut pengajian dalam dan luar negara yang diiktiraf.

 

Syarat Permohonan

Syarat wajib permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah:

  1. Pegawai berkhidmat sekurang-kurangnya dua (2) tahun
  2. Lantikan Tetap
  3. Terbuka kepada semua Skim Perkhidmatan
  4. Purata Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) adalah lapan puluh lima peratus (85%) bagi tempoh dua (2) tahun terkini
  5. Telah mendapat tawaran pengajian daripada universiti
  6. Lulus ujian IELTS/TOEFL bagi pengajian luar negara
  7. Mendapat sokongan Ketua Jabatan
  8. Bebas daripada Tindakan Tatatertib

 

Kriteria Mod Pengajian

Sarjana (Sepenuh Masa) Doktor Falsafah (Sepenuh Masa)
Kriteria Calon
  1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda
  2. Umur tidak melebihi 45 tahun
  3. Terbuka kepada Gred 41 dan ke atas
Kriteria Calon
  1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana
  2. Umur tidak melebihi 45 tahun
  3. Terbuka kepada Gred 41 dan ke atas
Pengajian Dalam Negeri Sabah

Kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh

Pengajian Dalam Negeri Sabah

Kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh

Pengajian Luar Negeri Sabah (Dalam Malaysia)

Kemudahan Biasiswa dan Cuti Belajar Bergaji Penuh

Pengajian Luar Negeri Sabah (Dalam Malaysia)

Kemudahan Biasiswa dan Cuti Belajar Bergaji Penuh

Pengajian Luar Negara Kemudahan Biasiswa dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Pengajian Luar Negara Kemudahan Biasiswa dan Cuti Belajar Bergaji Penuh

 

Senarai Bidang Pengajian dan Universiti
  1. Kursus Pengajian Universiti hendaklah diiktiraf oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA)
  2. Keutamaan diberi kepada bidang pengajian yang ditawarkan oleh universiti terkemuka dunia berdasarkan The Times Higher Education World University Rankings 2020
  3. Senarai bidang pengajian yang diberikan keutamaan adalah seperti di jadual di bawah
Sarjana (Master) Doktor Falsafah (PhD)
01 Pengurusan Alam Sekirar 01 Agro-Makanan (Pertanian, Ternakan dan Akuakultur)
 02 Sains Perhutanan 02 Dasar dan Pentadbiran Awam
 03 Sains Komputer (Teknologi Maklumat) 03 Perdagangan dan Perindustrian
 04 Perundangan  04  Kejuruteraan Perisian
 05 Pentadbiran Perniagaan  05  Ekonomi dan Kewangan
 06 Pengurusan Sumber Manusia  06  Data Sains dan Analitik
 07 Perakaunan    
08 Kejuruteraan    
09 Agro-Makanan (Pertanian, Ternakan dan Akuakultur)    
10 Dasar dan Pentadbiran Awam    
11 Pelancongan dan Hospitaliti    
12 Data Sains dan Analitik    

 

Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui pautan http://biasiswapans.sabah.gov.my

 

Pertanyaan

Sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh dibuat Bahagian Biasiswa dan Latihan Dalam Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah di talian 088-368600/088-368651/088-368721/088-368717

Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain