Kandungan sedang dimuatkan...

Tawaran Menyertai Skim Sangkutan dan Latihan (SSL) Tahun 2021 Bagi Graduan Ijazah dan Diploma

Permohonan adalah dibuka kepada warganegara Malaysia berasal dari Sabah yang berkelayakan untuk menyertai Skim Sangkutan dan Latihan (SSL) bagi Graduan Ijazah dan Diploma yang belum mendapat pekerjaan. Butiran permohonan adalah seperti yang berikut:

(i) Graduan Ijazah Sarjana Muda
Penempatan   Pelbagai Kementerian/Jabatan Kerajaan Negeri Sabah 
Elaun RM1,000.00 Sebulan
Tempoh Latihan Lapan (8) Bulan
*Tertakluk kepada prestasi semasa*

(ii) Graduan Diploma
Penempatan   Pelbagai Kementerian/Jabatan Kerajaan Negeri Sabah 
Elaun RM800.00 Sebulan
Tempoh Latihan Lapan (8) Bulan
*Tertakluk kepada prestasi semasa*

Syarat Kemasukan

Pemohon hendaklah memiliki kelayakan seperti yang berikut:
  1. Warganegara Malaysia (ibu  atau bapa berasal dari Sabah);
  2. Berumur antara 21 tahun – 30 tahun pada tahun 2021;
  3. Memiliki  Ijazah Sarjana Muda atau Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  4. Minimum mendapat CGPA: 2.50; dan
  5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dengannya serta Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan tiga (3) subjek lain (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.

Cara Memohon

  1. Permohonan boleh dibuat mulai 14 Disember 2020 (8 pagi) melalui laman web www.jpan.sabah.gov.my
  2. Permohonan yang tidak memenuhi syarat kemasukan yang disyaratkan akan ditolak.
  3. Pemohon yang tidak mengisi maklumat dengan jelas dan lengkap dalam semua ruang yang disediakan tidak akan dipertimbangkan.
  4. Pemohon-pemohon yang tidak mendapat sebarang jawapan selepas 31 Disember 2020 hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
  5. Pihak Kerajaan Negeri tidak terikat untuk memberi pekerjaan tetap atau sementara kepada para peserta Skim selepas menamatkan latihan.
  6. Tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Disember 2020 (5 petang).
  7. Keputusan pemilihan calon SSL adalah muktamad.

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui telefon di talian 088-368750.

Permohonan Dalam Talian

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, sila memohon secara dalam talian melalui pautan di bawah. Semua keputusan permohonan adalah muktamad. Permohonan yang mengemukakan maklumat tidak sahih dan tidak lengkap akan ditolak.



 Saya bersetuju bahawa saya memenuhi semua syarat dan akan memberikan maklumat yang sahih untuk permohonan ini



var chk = document.getElementById("agreement"); var anchor = document.getElementById("link"); anchor.style.display = "none"; anchor.onclick = function(e){ e.preventDefault(); } chk.onclick = function(){ if(chk.checked){ anchor.style.display = "inline"; anchor.onclick = ""; } }
Soalan Lazim Bantuan Kewangan Khas Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (BKPS)
Sila ketik pada mana-mana soalan lazim di bawah untuk mendapatkan maklumat.Bilakah Bantuan ini dikreditkan ke akaun pelajar?

Bantuan ini akan dikreditkan ke akaun pelajar bermula 25 April 2018. Bagi penerima BKPS yang menggunakan akaun Bank Simpanan Nasional, didapati bahawa pengkreditan mungkin mengalami kelewatan yang berpunca daripada masalah teknikal bank tersebut. Sila berhubung dengan pihak IPT masing-masing sekiranya masih tidak menerima pengkreditan.

Nombor kad pengenalan saya tidak ditemui

Sekiranya nombor kad pengenalan anda tidak ditemui atau sistem menyatakan anda tiada urusan mengenai bantuan ini, anda berkemungkinan besar tidak memohon bantuan ini.

Bolehkah saya memohon bantuan ini meskipun telah tarikh tutup

Tidak boleh. Permohonan ini telah ditutup.

Saya berjaya dan tersenarai dalam bantuan ini. Apa perlu saya lakukan?

Tiada. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke akaun bank yang telah anda kemukakan dalam borang permohonan BKPS.

Saya masih belum menerima bantuan ini meskipun telah disenaraikan sebagai berjaya. Apa perlu saya lakukan?

Sila berhubung dengan IPT anda untuk mendapatkan bantuan.

Saya disenaraikan gagal dalam BKPS. Bolehkah saya membuat rayuan?

Tidak boleh. Keputusan adalah muktamad dan rayuan tidak akan dilayan.


Pelajar Negeri Sabah
Menu perkhidmatan kerajaan digital untuk para pelajar yang berasal daripada negeri Sabah

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Yang Bercuti Pada Hari ini


Adalah dimaklumkan bahawa senarai ini hanya boleh diakses melalui rangkaian intranet SabahNet sahaja

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Bersara Pada Hari ini

Bersara Pemenang

Selamat Bersara

Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri Menyambut Hari Lahir Pada Hari ini

Kek Hari Jadi

Selamat Hari Lahir

Waktu Solat

Waktu Solat

Waktu Solat


Sila klik untuk lebih banyak zon waktu lain